{"id":5002,"date":"2025-11-11T00:24:26","date_gmt":"2025-11-11T00:24:26","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5002"},"modified":"2025-11-11T00:24:26","modified_gmt":"2025-11-11T00:24:26","slug":"prn-sabah-upko-umum-keluar-ph-guna-alasan-ma63","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/prn-sabah-upko-umum-keluar-ph-guna-alasan-ma63\/","title":{"rendered":"PRN Sabah: UPKO umum keluar PH, guna alasan MA63"},"content":{"rendered":"<p>Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) secara rasmi mengumumkan pengunduran diri serta-merta daripada Pakatan Harapan (PH), dalam satu langkah yang mengejutkan bagi parti komponen gabungan itu.<\/p>\n<p>Setiausaha Agungnya, Nelson W Angang, mengesahkan keputusan tersebut telah diputuskan dalam Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi parti yang diadakan di Kota Kinabalu semalam.<\/p>\n<p>\u201cMesyuarat Khas Majlis Tertinggi UPKO memutuskan untuk mengundur diri daripada PH serta-merta. Keputusan ini akan dimaklumkan secara rasmi kepada Pengerusi PH dan parti-parti komponen PH,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan mesyuarat tersebut diadakan bagi membincangkan semula hala tuju parti berasaskan agenda \u2018Sabah First\u2019 yang menjadi teras perjuangannya.<\/p>\n<p>Menurut Nelson, mesyuarat turut menyokong penuh keputusan Presiden UPKO, Ewon Benedick, yang meletakkan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi baru-baru ini.<\/p>\n<p>Tindakan Ewon itu berikutan ketidakpuasan hati terhadap pendirian Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam prosiding semakan kehakiman berhubung hak 40 peratus Sabah.<\/p>\n<p>\u201cSepanjang tempoh empat tahun bersama PH, berlaku jurang interpretasi, pandangan dan pendirian di antara UPKO dan parti-parti komponen PH di peringkat nasional,\u201d jelas Nelson.<\/p>\n<p>Beliau turut mendedahkan beberapa isu kritikal, termasuk tuntutan pelaksanaan hak hasil 40 peratus Sabah, tuntutan satu per tiga kerusi parlimen untuk Sabah dan Sarawak, serta kegagalan melaksanakan autonomi pentadbiran PH Sabah.<\/p>\n<p>Malah, katanya, kepengerusian PH Sabah oleh UPKO tidak pernah diselesaikan oleh Majlis Presiden PH susulan bantahan daripada PKR Sabah.<\/p>\n<p>\u201cPresiden Upko hanya dilantik sebagai penyelaras tetapi keputusan-keputusan berkaitan persiapan pilihan raya oleh PH diputuskan oleh PKR tanpa autonomi sebenar oleh PH Sabah,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Walaupun keluar dari PH, Nelson memberi jaminan bahawa kedua-dua ahli parlimen UPKO, iaitu Ewon Benedick dan Wilfred Madius Tangau, akan terus menyokong kerajaan perpaduan.<\/p>\n<p>\u201cAhli Parlimen UPKO akan terus menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong supaya kestabilan kerajaan Persekutuan dikekalkan sehingga penggal ini berakhir,\u201d tegasnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) secara rasmi mengumumkan pengunduran diri serta-merta daripada Pakatan Harapan (PH), dalam satu langkah yang mengejutkan bagi parti komponen gabungan itu. Setiausaha Agungnya, Nelson W Angang, mengesahkan keputusan tersebut telah diputuskan dalam Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi parti yang diadakan di Kota Kinabalu semalam. \u201cMesyuarat Khas Majlis Tertinggi UPKO memutuskan untuk mengundur [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5003,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[727,103,102,2172],"authors":[],"class_list":["post-5002","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-pakatan-harapan","tag-prn","tag-sabah","tag-upko"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5002","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5002"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5002\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5004,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5002\/revisions\/5004"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5003"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5002"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5002"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5002"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5002"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}