{"id":5005,"date":"2025-11-11T00:33:38","date_gmt":"2025-11-11T00:33:38","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5005"},"modified":"2025-11-11T00:33:38","modified_gmt":"2025-11-11T00:33:38","slug":"hajiji-umum-adik-musa-aman-bertanding-di-bongawan-atas-tiket-grs","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/hajiji-umum-adik-musa-aman-bertanding-di-bongawan-atas-tiket-grs\/","title":{"rendered":"Hajiji umum adik Musa Aman bertanding di Bongawan atas tiket GRS"},"content":{"rendered":"<p>Bekas Menteri Luar Negeri, Anifah Aman diumumkan sebagai calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.<\/p>\n<p>Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengerusi GRS, Hajiji Noor, pada Majlis Ketua Menteri Bersama Rakyat di Bongawan, semalam.<\/p>\n<p>Pemilihan Anifah yang juga Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) itu dijangka mengakibatkan pertembungan tiga penjuru yang hangat.<\/p>\n<p>Adik kepada Yang Dipertua Negeri Sabah, Musa Aman itu akan berentap dengan calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Alamin, yang juga Timbalan Menteri Luar, dan penyandang kerusi dari Parti Warisan, Dr. Daud Yusof.<\/p>\n<p>Dalam ucapannya, Hajiji menyeru semua warga Bongawan memberikan sokongan padu kepada Anifah.<\/p>\n<p>\u201cSaya mohon kita bersatu hati dan mantapkan jentera untuk memastikan Anifah menang. Anifah dulu adalah Ahli Parlimen di sini. Banyak jasa beliau di Bongawan,\u201d kata Hajiji.<\/p>\n<p>Hajiji turut memuji kredibiliti dan pengalaman luas Anifah, yang diharap dapat menyumbang kepada pembangunan Sabah.<\/p>\n<p>\u201cCalon kita ini pernah menjadi Menteri Luar. Bukan saja rakyat di Bongawan bangga, kita di Tuaran pun bangga. Kita mahu beliau berkhidmat membantu Kerajaan Sabah selepas ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sambil menyatakan keyakinan GRS akan kembali membentuk kerajaan negeri, Hajiji mengingatkan betapa pentingnya kestabilan politik dan mengkritik pembangkang seperti \u2018penjual ubat\u2019.<\/p>\n<p>\u201cJangan dengar cakap pembangkang. Mereka akan datang &#8216;menjual ubat&#8217; di Bongawan, berjanji macam-macam. Ada yang pernah menjadi menteri dan ketua menteri tetapi apa mereka buat? Masalah air luar bandar tidak selesai selama tujuh tahun menjadi menteri,\u201d tegas Hajiji.<\/p>\n<p>Beliau menambah, hanya dengan kemenangan GRS, lebih banyak program ekonomi dapat dirancang untuk manfaat rakyat Sabah dalam tempoh lima tahun akan datang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bekas Menteri Luar Negeri, Anifah Aman diumumkan sebagai calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini. Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengerusi GRS, Hajiji Noor, pada Majlis Ketua Menteri Bersama Rakyat di Bongawan, semalam. Pemilihan Anifah yang juga Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) itu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5006,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[2375,2376,151,397,1946,103,102],"authors":[],"class_list":["post-5005","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anifah-aman","tag-bongawan","tag-grs","tag-hajiji","tag-musa-aman","tag-prn","tag-sabah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5005","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5005"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5005\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5007,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5005\/revisions\/5007"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5006"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5005"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5005"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5005"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5005"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}