{"id":5037,"date":"2025-11-12T04:44:15","date_gmt":"2025-11-12T04:44:15","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5037"},"modified":"2025-11-12T04:44:15","modified_gmt":"2025-11-12T04:44:15","slug":"kerajaan-hormat-kebebasan-media-walaupun-berbeza-pandangan-nie-ching","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kerajaan-hormat-kebebasan-media-walaupun-berbeza-pandangan-nie-ching\/","title":{"rendered":"Kerajaan hormat kebebasan media walaupun berbeza pandangan: Nie Ching"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan tidak akan menggunakan pendekatan tekanan atau tindakan terhadap mana-mana organisasi media hanya kerana berbeza pandangan, tegas Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.<\/p>\n<p>Beliau memberi komitmen kerajaan untuk menghormati kebebasan media sebagai tonggak demokrasi kekal utuh, dengan pendekatan menyatakan pendirian secara terbuka menggantikan langkah menghalang laporan.<\/p>\n<p>\u201cJadi walaupun ada artikel atau kandungan yang kita tidak setuju, kita menyatakan pendirian kita dan tidak semestinya kita setiap kali perlu panggil mereka untuk rekod kenyataan,\u201d jelas Nie Ching semasa sesi Dewan Rakyat pada hari ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan mengenai laporan portal berita yang didakwa memuatkan berita tidak tepat.<\/p>\n<p>Menjawab soalan lanjut, Nie Ching berkata perbezaan pendekatan ini merupakan pemisah jelas di antara Kerajaan MADANI dengan pentadbiran sebelumnya.<\/p>\n<p>\u201cSaya rasa itulah perbezaan paling besar antara Kerajaan MADANI dengan pihak di sebelah sana,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Mengulas khusus mengenai satu laporan tentang kewujudan akaun palsu, beliau memaklumkan pihak META sendiri telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang menafikan sebarang aktiviti tidak normal dikesan.<\/p>\n<p>Beliau turut mengakui memang wujudnya akaun palsu, tetapi kebanyakannya untuk tujuan penipuan.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, bagi mempertahankan imej kerajaan dan memperjelas dasar kepada orang ramai, Nie Ching menyenaraikan inisiatif seperti JaPen Digital yang menyebarkan maklumat tepat serta Artificial Intelligence Fact Check Assistant (AIFA) oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk membantu orang ramai memeriksa kesahihan maklumat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan tidak akan menggunakan pendekatan tekanan atau tindakan terhadap mana-mana organisasi media hanya kerana berbeza pandangan, tegas Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching. Beliau memberi komitmen kerajaan untuk menghormati kebebasan media sebagai tonggak demokrasi kekal utuh, dengan pendekatan menyatakan pendirian secara terbuka menggantikan langkah menghalang laporan. \u201cJadi walaupun ada artikel atau kandungan yang kita tidak [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5038,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[184,231,620,33,345],"authors":[],"class_list":["post-5037","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-komunikasi","tag-media","tag-sekat","tag-teo-nie-ching","tag-wartawan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5037","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5037"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5037\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5039,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5037\/revisions\/5039"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5038"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5037"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5037"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5037"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5037"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}