{"id":5040,"date":"2025-11-12T04:49:24","date_gmt":"2025-11-12T04:49:24","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5040"},"modified":"2025-11-12T04:49:24","modified_gmt":"2025-11-12T04:49:24","slug":"anwar-ingatkan-rakyat-jangan-alpa-utamakan-perpaduan-negara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/anwar-ingatkan-rakyat-jangan-alpa-utamakan-perpaduan-negara\/","title":{"rendered":"Anwar ingatkan rakyat jangan alpa, utamakan perpaduan negara"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menyifatkan keharmonian dan kestabilan negara merupakan aset berharga yang tidak boleh dipandang ringan, justeru rakyat disaran agar tidak terlalu selesa dengan kejayaan yang dikecapi sehingga mengabaikan kewaspadaan.<\/p>\n<p>Menurut Perdana Menteri, Malaysia yang semakin maju dan menjadi tumpuan dunia perlu sentiasa mempertahankan semangat perpaduan serta tadbir urus yang baik bagi memastikan kemajuan negara berkekalan.<\/p>\n<p>Beliau berkata ancaman bukan sahaja datang dari luar, malah boleh berpunca daripada sifat iri hati dan permusuhan dalam kalangan rakyat sendiri.<\/p>\n<p>\u201cPositifnya, kita kini menjadi perhatian bagi sektor pelancongan dan pelaburan. Namun, perlu berwaspada, adakah kita dapat bertahan?<\/p>\n<p>\u201cJika menyingkap lembaran sejarah, tiada negara yang dapat bertahan apabila mula dirasuk bibit kealpaan dan kecuaian. Itu kita perlu ingat,\u201d tegas Anwar dalam ucapannya di Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri hari ini.<\/p>\n<p>Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof dan Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar.<\/p>\n<p>Anwar menekankan keamanan yang dinikmati kini merupakan asas keyakinan pelabur serta kesejahteraan sosial rakyat.<\/p>\n<p>\u201cKita, rakyat Malaysia, kadang-kadang mengambil mudah keadaan ini. Sehingga kini, Alhamdulillah, keharmonian dapat dipelihara. Itu sebabnya saya tekankan pentingnya menjaga keharmonian,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Beliau turut membandingkan keadaan negara lain yang mempunyai komposisi kaum dan agama yang berbeza, dengan menyatakan bahawa keamanan yang kelihatan itu sebenarnya mudah tergugat dan tidak mantap.<\/p>\n<p>Perdana Menteri juga menegaskan kestabilan politik dan tadbir urus yang baik merupakan tunjang utama kejayaan ekonomi serta kesejahteraan rakyat di bawah kerangka Ekonomi MADANI.<\/p>\n<p>\u201c&#8230;yang pentingnya itu tatakelola. Wang banyak mana pun jika tidak diurus dengan baik, masalah tetap tidak selesai,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Tambahnya, pemimpin politik perlu sedar perebutan kuasa yang berterusan hanya akan menjejaskan kestabilan negara dan menambah beban rakyat.<\/p>\n<p>\u201cKita mengalami politik stabil, kemudian politik yang tidak menentu memberi kesan kepada rakyat.<\/p>\n<p>\u201cApabila percaturan pimpinan politik berterusan, tiada kepastian, dan dalam kehangatan itu, mereka hanya memikirkan persaingan dan bukan kesan kepada negara,\u201d jelasnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menyifatkan keharmonian dan kestabilan negara merupakan aset berharga yang tidak boleh dipandang ringan, justeru rakyat disaran agar tidak terlalu selesa dengan kejayaan yang dikecapi sehingga mengabaikan kewaspadaan. Menurut Perdana Menteri, Malaysia yang semakin maju dan menjadi tumpuan dunia perlu sentiasa mempertahankan semangat perpaduan serta tadbir urus yang baik bagi memastikan kemajuan negara berkekalan. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":853,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[13,858,1316,285,38,1618,18],"authors":[],"class_list":["post-5040","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar","tag-kaum","tag-keharmonian","tag-madani","tag-malaysia","tag-perpaduan","tag-pmx"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5040","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5040"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5040\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5041,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5040\/revisions\/5041"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/853"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5040"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5040"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5040"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5040"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}