{"id":5043,"date":"2025-11-12T05:35:30","date_gmt":"2025-11-12T05:35:30","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5043"},"modified":"2025-11-12T05:35:30","modified_gmt":"2025-11-12T05:35:30","slug":"subsidi-diesel-berjaya-dijimat-ketirisan-berkurangan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/subsidi-diesel-berjaya-dijimat-ketirisan-berkurangan\/","title":{"rendered":"Subsidi diesel berjaya dijimat, ketirisan berkurangan"},"content":{"rendered":"<p>Dasar penyasaran semula subsidi diesel yang dilaksanakan pada Jun 2024 menunjukkan kejayaan ketara dengan penurunan mendadak dalam jualan diesel bersubsidi, sekaligus membuktikan ketirisan subsidi semakin terkawal.<\/p>\n<p>Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying, mendedahkan purata jualan bulanan diesel bersubsidi telah menurun daripada kira-kira 770 juta liter sebulan (Januari-Mei 2024) kepada kira-kira 465 juta liter sebulan (Jun-Disember 2024).<\/p>\n<p>\u201cPerbandingan antara kedua-dua tempoh ini menunjukkan pengurangan ketara dalam jualan diesel bersubsidi, sekali gus menandakan penurunan kadar ketirisan subsidi diesel.<\/p>\n<p>\u201cIni bermakna sebelum ini terdapat kegiatan pembelian diesel bersubsidi daripada stesen minyak yang mungkin digunakan untuk kegunaan komersial,\u201d jelas Hui Ying semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.<\/p>\n<p>Menurutnya, penjimatan yang dicapai adalah signifikan.<\/p>\n<p>\u201cSejak pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel, kerajaan berjaya menjimatkan lebih RM400 juta sebulan, bersamaan sekitar RM5 bilion setahun,\u201d tambahnya lagi.<\/p>\n<p>Penjimatan ini, katanya, disalurkan semula untuk projek pembangunan dan program bantuan tunai seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) serta Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi meringankan beban rakyat.<\/p>\n<p>Hui Ying turut memberitahu manfaat langsung yang disalurkan kepada golongan sasaran.<\/p>\n<p>\u201cSehingga 31 Okt lepas, seramai 320,000 pemilik kenderaan persendirian diesel, petani, penternak dan pekebun kecil telah mendapat manfaat dengan jumlah bayaran sebanyak RM850 juta,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>Bagi sektor pengangkutan barangan, lebih 121,000 syarikat telah diluluskan di bawah program Budi MADANI Diesel.<\/p>\n<p>\u201cLangkah ini dapat memastikan kos operasi sektor logistik tidak meningkat secara mendadak dan barangan keperluan kekal pada harga berpatutan,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Berhubung nelayan, kira-kira 18,000 nelayan berdaftar layak menerima subsidi bersasar BUDI95, yang juga melibatkan bot persendirian yang berdaftar dengan pihak berkuasa negeri.<\/p>\n<p>Kejayaan ini menunjukkan langkah kerajaan bukan sahaja berkesan mengurangkan ketirisan, malah memastikan bantuan terus sampai kepada kumpulan yang benar-benar memerlukan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dasar penyasaran semula subsidi diesel yang dilaksanakan pada Jun 2024 menunjukkan kejayaan ketara dengan penurunan mendadak dalam jualan diesel bersubsidi, sekaligus membuktikan ketirisan subsidi semakin terkawal. Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying, mendedahkan purata jualan bulanan diesel bersubsidi telah menurun daripada kira-kira 770 juta liter sebulan (Januari-Mei 2024) kepada kira-kira 465 juta liter sebulan (Jun-Disember [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5044,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[944,916,996,1448,505,296],"authors":[],"class_list":["post-5043","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-bantuan","tag-diesel","tag-ketirisan","tag-lim-hui-ying","tag-menteri-kewangan","tag-subsidi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5043","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5043"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5043\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5045,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5043\/revisions\/5045"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5044"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5043"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5043"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5043"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5043"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}