{"id":5059,"date":"2025-11-12T10:37:17","date_gmt":"2025-11-12T10:37:17","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5059"},"modified":"2025-11-12T10:37:17","modified_gmt":"2025-11-12T10:37:17","slug":"prn-sabah-rahman-dahlan-tarik-diri-bertanding-di-dun-tempasuk","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/prn-sabah-rahman-dahlan-tarik-diri-bertanding-di-dun-tempasuk\/","title":{"rendered":"PRN Sabah: Rahman Dahlan tarik diri bertanding di DUN Tempasuk"},"content":{"rendered":"<p>Timbalan Ketua UMNO Sabah, Abdul Rahman Dahlan secara mengejut menarik diri daripada bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang bagi kerusi Tempasuk.<\/p>\n<p>Keputusan itu disahkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Bung Moktar Radin dengan berkata Abdul Rahman telah memaklumkan keputusannya itu secara peribadi kepada parti dan akan diganti dengan Ketua Bahagian UMNO Kota Belud, Azwan Norjan.<\/p>\n<p>&#8220;Beliau memberitahu kami bahawa beliau menarik diri sebagai calon. Azwan Norjan, Ketua Bahagian UMNO Kota Belud, kini akan bertanding di kerusi itu,&#8221; jelas Bung Moktar dipetik laporan media hari ini.<\/p>\n<p>Ditanya mengenai punca sebenar di sebalik langkah bekas menteri persekutuan itu, Bung Moktar enggan mengulas lanjut dengan menegaskan, adalah lebih baik untuk merujuk terus kepada pihak terbabit.<\/p>\n<p>\u201cTidak mengapa. Apa kita boleh buat?\u201d ujarnya lagi.<\/p>\n<p>Abdul Rahman juga setakat ini tidak memberikan sebarang penjelasan berhubung keputusannya itu.<\/p>\n<p>Keputusan Abdul Rahmanitu mengejutkan banyak pihak dalam parti, memandangkan beliau dilihat sebagai salah seorang pemimpin kanan BN yang dijangka membuat kemunculan semula dalam arena politik negeri.<\/p>\n<p>Kerusi Tempasuk yang menjadi tumpuan ini kini disandang oleh Arsat Bistari, yang memenanginya di bawah tiket BN pada PRN 2020 sebelum menyatakan sokongan kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS).<\/p>\n<p>GRS telah menamakan Arsat sebagai calon mereka untuk mempertahankan kerusi tersebut.<\/p>\n<p>Penarikan diri Abdul Rahman Dahlan pastinya mengubah landskap pertandingan di kerusi Tempasuk dan memberi kejutan pertama menjelang hari penamaan calon pada 15 November ini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Timbalan Ketua UMNO Sabah, Abdul Rahman Dahlan secara mengejut menarik diri daripada bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang bagi kerusi Tempasuk. Keputusan itu disahkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Bung Moktar Radin dengan berkata Abdul Rahman telah memaklumkan keputusannya itu secara peribadi kepada parti dan akan diganti dengan Ketua Bahagian UMNO [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5060,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[378,103,149,102,2393,146],"authors":[],"class_list":["post-5059","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bn","tag-prn","tag-rahman-dahlan","tag-sabah","tag-tempasuk","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5059","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5059"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5059\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5061,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5059\/revisions\/5061"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5060"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5059"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5059"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5059"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5059"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}