{"id":5062,"date":"2025-11-13T02:54:06","date_gmt":"2025-11-13T02:54:06","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5062"},"modified":"2025-11-13T02:54:06","modified_gmt":"2025-11-13T02:54:06","slug":"kerajaan-fokus-rapatkan-jurang-digital-perangi-berita-palsu-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kerajaan-fokus-rapatkan-jurang-digital-perangi-berita-palsu-fahmi\/","title":{"rendered":"Kerajaan fokus rapatkan jurang digital, perangi berita palsu: Fahmi"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan komited dalam memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memerangi maklumat palsu bagi mewujudkan persekitaran digital yang lebih selamat dan dipercayai untuk semua rakyat Malaysia.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata peruntukan berjumlah RM2.56 bilion yang diumumkan dalam Belanjawan 2026 akan digunakan kementeriannya untuk pembangunan digital bagi memastikan semua rakyat menikmati tanpa ada yang dipinggirkan.<\/p>\n<p>\u201cMelalui JENDELA Fasa 2 di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), lebih 2,700 tapak baharu sedang dilaksanakan untuk merapatkan jurang digital dan mengembangkan capaian Internet berkelajuan tinggi di seluruh negara,\u201d katanya semasa berucap pada Majlis Pelancaran \u201cGlobal Public Relations Conference And Festival 2025 (GPRCFMY 2025)\u201d hari ini di PWTC.<\/p>\n<p>Selain infrastruktur, Fahmi menekankan pentingnya literasi digital dan memerangi berita palsu dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) akan dinaik taraf dengan sokongan peruntukan RM350 juta untuk berfungsi sebagai hab maklumat sahih di peringkat akar umbi.<\/p>\n<p>Beliau turut memperkenalkan dua teras utama dalam memelihara integriti ekosistem maklumat negara.<\/p>\n<p>\u201cMajlis Media Malaysia, yang ditubuhkan di bawah Akta Majlis Media Malaysia 2025, berfungsi sebagai badan kawal selia sendiri yang bebas untuk menegakkan etika kewartawanan tertinggi,\u201d kata Fahmi lagi.<\/p>\n<p>Manakala, Akta Keselamatan Dalam Talian 2024 pula menguatkuasakan langkah keselamatan di platform digital.<\/p>\n<p>\u201cAkta ini juga memerlukan pelabelan jelas bagi bahan terhasil AI dan melindungi pengguna terdedah, terutamanya kanak-kanak,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>Fahmi menegaskan pendekatan kerajaan adalah untuk menjamin kejelasan dan akauntabiliti, bukan kawalan.<\/p>\n<p>\u201cMatlamat kami bukan untuk mengawal kebebasan bersuara, tetapi untuk melindungi ruang awam. Peraturan yang jelas dan konsisten membantu rakyat, pencipta dan syarikat bertindak dengan yakin,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mengakhiri ucapan, beliau mengingatkan peranan penting profesional perhubungan awam dalam era digital.<\/p>\n<p>\u201cAI boleh mencipta perkataan, imej, dan emosi, tetapi hanya manusia yang boleh memberikan makna, suara hati dan konteks.<\/p>\n<p>\u201cAnda memberikan makna kepada mesej, empati kepada perbualan, dan kepercayaan kepada hubungan antara rakyat dan institusi,\u201d ujar beliau.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan komited dalam memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memerangi maklumat palsu bagi mewujudkan persekitaran digital yang lebih selamat dan dipercayai untuk semua rakyat Malaysia. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata peruntukan berjumlah RM2.56 bilion yang diumumkan dalam Belanjawan 2026 akan digunakan kementeriannya untuk pembangunan digital bagi memastikan semua rakyat menikmati tanpa ada yang dipinggirkan. \u201cMelalui JENDELA [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5063,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1217,248,49,2394,184,16],"authors":[],"class_list":["post-5062","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-belanjawan-2026","tag-digital","tag-fahmi-fadzil","tag-gprcfmy-2025","tag-komunikasi","tag-mcmc"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5062","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5062"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5062\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5064,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5062\/revisions\/5064"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5063"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5062"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5062"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5062"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5062"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}