{"id":5085,"date":"2025-11-13T10:45:07","date_gmt":"2025-11-13T10:45:07","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5085"},"modified":"2025-11-13T10:46:18","modified_gmt":"2025-11-13T10:46:18","slug":"isu-hasil-40-sabah-ewon-tetap-persoal-rayuan-dikemuka-kerajaan-pusat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/isu-hasil-40-sabah-ewon-tetap-persoal-rayuan-dikemuka-kerajaan-pusat\/","title":{"rendered":"Isu hasil 40% Sabah: Ewon tetap persoal rayuan dikemuka kerajaan pusat"},"content":{"rendered":"<p>Ewon Benedick menegaskan pendiriannya langkah Kerajaan Persekutuan merayu keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan hak hasil 40 peratus Sabah tetap menjadi persoalan utama meskipun menghargai penjelasan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) itu berkata walaupun memahami hujah kerajaan, proses rayuan tersebut tetap menggambarkan ketidakselarasan terhadap tuntutan Sabah yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.<\/p>\n<p>\u201cSaya menghargai penjelasan Perdana Menteri, tetapi saya juga mengambil maklum bahawa rayuan tetap akan difailkan atas alasan penghakiman. Tapi rayuan tetap rayuan,\u201d katanya menerusi catatan di Facebook, hari ini.<\/p>\n<p>Ewon yang meletakkan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi minggu lalu berkata telah memperjuangkan isu itu secara konsisten sepanjang tiga tahun dalam kabinet.<\/p>\n<p>\u201cRespons yang saya terima tidak jauh berbeza daripada yang diberikan oleh Perdana Menteri di Tamu Jalan Gaya baru-baru ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam penjelasannya di Kota Kinabalu minggu lalu, Anwar menjelaskan kerajaan telah memperuntukkan RM17 bilion kepada Sabah, jauh melebihi RM10 bilion hasil persekutuan yang dikutip dari negeri itu.<\/p>\n<p>Hari ini di Parlimen, Anwar menjelaskan rayuan kerajaan hanya berkaitan dengan kenyataan penghakiman, bukan hak Sabah terhadap 40 peratus hasil persekutuan.<\/p>\n<p>\u201cMengaitkan kesilapan besar sejak 1974 bermakna semua kerajaan persekutuan dan negeri terdahulu turut dianggap terlanjur, sedangkan itu tidak tepat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Ewon turut menggesa rakyat negeri itu membaca keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu sepenuhnya bagi memahami isu berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cIa dokumen wajib baca dan miliki setiap rakyat Sabah,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Beliau dijangka menghuraikan isu tersebut dengan lebih mendalam pada \u201cKonvensyen Rakyat\u201d dan pelancaran jelajah \u201cSabah First\u201d di Penampang malam ini.<\/p>\n<p>Menurut Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan, Sabah berhak menerima 40 peratus hasil persekutuan yang dikutip dari negeri itu dalam bentuk geran khas.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ewon Benedick menegaskan pendiriannya langkah Kerajaan Persekutuan merayu keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan hak hasil 40 peratus Sabah tetap menjadi persoalan utama meskipun menghargai penjelasan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) itu berkata walaupun memahami hujah kerajaan, proses rayuan tersebut tetap menggambarkan ketidakselarasan terhadap tuntutan Sabah yang dijamin Perlembagaan Persekutuan. \u201cSaya menghargai [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4515,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[2402,406,13,2171,286,18,103,699,102,2172],"authors":[],"class_list":["post-5085","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-2402","tag-agc","tag-anwar","tag-ewon-benedick","tag-hasil","tag-pmx","tag-prn","tag-rayuan","tag-sabah","tag-upko"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5085","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5085"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5085\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5088,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5085\/revisions\/5088"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4515"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5085"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5085"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5085"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5085"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}