{"id":5094,"date":"2025-11-14T03:47:25","date_gmt":"2025-11-14T03:47:25","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5094"},"modified":"2025-11-14T03:47:25","modified_gmt":"2025-11-14T03:47:25","slug":"km-pulau-pinang-beritahu-projek-terowong-dasar-laut-masih-aktif-nafi-terbengkalai","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/km-pulau-pinang-beritahu-projek-terowong-dasar-laut-masih-aktif-nafi-terbengkalai\/","title":{"rendered":"KM Pulau Pinang beritahu Projek Terowong Dasar Laut masih aktif, nafi terbengkalai"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan Negeri Pulau Pinang menegaskan Projek Terowong Dasar Laut tidak tergolong dalam kategori terbengkalai, sebaliknya merupakan projek aktif yang masih menjalani fasa kajian terperinci.<\/p>\n<p>Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow, menjelaskan kerajaan negeri baru saja menerima pembentangan terkini daripada syarikat yang terlibat dalam projek berkenaan bagi menangani pelbagai isu yang timbul dan menjelaskan projek ini masih memerlukan penyelesaian terhadap beberapa perkara teknikal yang rumit.<\/p>\n<p>\u201cProjek itu juga membabitkan pembesaran Pelabuhan Pulau Pinang.<\/p>\n<p>\u201cSekiranya jambatan dibina sebagai gantian terowong, persoalan seperti ketinggian jambatan itu perlu diteliti memandangkan kedudukannya yang amat berdekatan dengan Pangkalan Udara TUDM Butterworth,\u201d jelas Kon Yeow.<\/p>\n<p>Kon Yeow berkata projek tersebut akan diteruskan semula selepas selesai isu-isu teknikal.<\/p>\n<p>\u201cIni semua isu-isu teknikal yang masih dalam peringkat untuk diperhalusi.<\/p>\n<p>\u201cMengikut perjanjian induk, kerja-kerja kajian ini belum habis lagi dan projek hanya boleh diteruskan setelah semua pihak berpuas hati dengan reka bentuk cadangan jajaran dan pengaturan kewangan,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Kenyataan itu dibuat bagi menjawab persoalan mengenai status projek tersebut di Dewan Undangan Negeri baru-baru ini.<\/p>\n<p>Sebelum ini, pada 21 Mei lalu, kerajaan negeri telah mengumumkan bahawa mereka sedang mempertimbangkan untuk menukar reka bentuk projek Laluan Ketiga Pulau Pinang daripada terowong dasar laut kepada sebuah jambatan yang merentasi Selat Pulau Pinang.<\/p>\n<p>Kajian kebolehlaksanaan yang dimuktamadkan pada tahun 2023 telah merangkumi penilaian terhadap reka bentuk baharu sama ada dalam bentuk jambatan atau alternatif lain.<\/p>\n<p>Projek terowong sepanjang 6.5 kilometer yang dijangka menghubungkan Gurney Drive ke Bagan Ajam ini merupakan sebahagian daripada Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP).<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan Negeri Pulau Pinang menegaskan Projek Terowong Dasar Laut tidak tergolong dalam kategori terbengkalai, sebaliknya merupakan projek aktif yang masih menjalani fasa kajian terperinci. Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow, menjelaskan kerajaan negeri baru saja menerima pembentangan terkini daripada syarikat yang terlibat dalam projek berkenaan bagi menangani pelbagai isu yang timbul dan menjelaskan projek ini masih [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3476,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[226,63,1572,685,67,81],"authors":[],"class_list":["post-5094","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-chow-kon-yeow","tag-dap","tag-ketua-menteri","tag-projek","tag-pulau-pinang","tag-terowong"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5094","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5094"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5094\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5095,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5094\/revisions\/5095"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3476"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5094"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5094"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5094"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5094"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}