{"id":5101,"date":"2025-11-14T04:15:00","date_gmt":"2025-11-14T04:15:00","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5101"},"modified":"2025-11-14T04:15:00","modified_gmt":"2025-11-14T04:15:00","slug":"mcmc-perluas-kesedaran-kelulusan-peranti-359-premis-dilawati","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mcmc-perluas-kesedaran-kelulusan-peranti-359-premis-dilawati\/","title":{"rendered":"MCMC perluas kesedaran kelulusan peranti, 359 premis dilawati"},"content":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melengkapkan lawatan ke 359 premis peranti komunikasi di seluruh negara dalam usaha meningkatkan kefahaman mengenai kepentingan kelulusan dan label.<\/p>\n<p>Menurut MCMC, lawatan ini bertujuan memberi penerangan terus kepada pemilik dan pekerja kedai tentang keperluan peranti komunikasi yang diperakui.<\/p>\n<p>Tindakan proaktif ini memastikan peranti yang dijual adalah selamat, asli, mematuhi piawaian, serasi dengan rangkaian, dan tidak mengganggu frekuensi.<\/p>\n<p>Inisiatif di bawah program \u2018Direct Engagement\u2019 ini dijalankan dari Jun 2024 sehingga November 2025.<\/p>\n<p>MCMC juga mengingatkan orang ramai bahawa menjual atau menggunakan peranti tanpa kelulusan atau label MCMC adalah satu kesalahan.<\/p>\n<p>\u201cSesiapa yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM300,000 atau penjara tiga tahun, atau kedua-duanya sekali,\u201d tegas MCMC dalam kenyataannya.<\/p>\n<p>Maklum balas yang diterima daripada para peniaga sepanjang program ini dilaporkan sangat menggalakkan.<\/p>\n<p>Mereka dikatakan menyambut baik pendekatan turun padang MCMC dan menyatakan komitmen untuk mematuhi keperluan pemerakuan serta pelabelan yang ditetapkan.<\/p>\n<p>Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan MCMC dalam memastikan keselamatan pengguna dan mengekalkan integriti rangkaian komunikasi negara.<\/p>\n<p>Pengguna digalakkan berbelanja dengan yakin dengan hanya membeli peranti yang mempunyai label MCMC.<\/p>\n<p>Bagi memudahkan orang ramai menyemak status pemerakuan, aplikasi Check Your Label (CYL) boleh dimuat turun melalui Apple App Store atau Google Play Store.<\/p>\n<p>\u201cPengguna hanya perlu memasukkan nombor Label ID MCMC, nombor IMEI atau nombor siri untuk mendapatkan status pemerakuan dan maklumat peranti,\u201d kata MCMC.<\/p>\n<p>Maklumat lanjut boleh dilayari di www.cyl.gov.my.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melengkapkan lawatan ke 359 premis peranti komunikasi di seluruh negara dalam usaha meningkatkan kefahaman mengenai kepentingan kelulusan dan label. Menurut MCMC, lawatan ini bertujuan memberi penerangan terus kepada pemilik dan pekerja kedai tentang keperluan peranti komunikasi yang diperakui. Tindakan proaktif ini memastikan peranti yang dijual adalah selamat, asli, mematuhi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5102,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[2410,184,16,2409,2408],"authors":[],"class_list":["post-5101","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-check-your-label","tag-komunikasi","tag-mcmc","tag-peranti","tag-premis"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5101","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5101"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5101\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5103,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5101\/revisions\/5103"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5102"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5101"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5101"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5101"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5101"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}