{"id":5120,"date":"2025-11-15T04:31:55","date_gmt":"2025-11-15T04:31:55","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5120"},"modified":"2025-11-15T04:31:55","modified_gmt":"2025-11-15T04:31:55","slug":"kebocoran-klia-kecuaian-kontraktor-didakwa-punca-bumbung-bocor","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kebocoran-klia-kecuaian-kontraktor-didakwa-punca-bumbung-bocor\/","title":{"rendered":"Kebocoran KLIA: Kecuaian kontraktor didakwa punca bumbung bocor"},"content":{"rendered":"<p>Insiden kebocoran bumbung di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang tular baru-baru ini berpunca daripada kecuaian kontraktor yang tidak mematuhi prosedur kerja asas semasa menjalankan kerja baik pulih.<\/p>\n<p>Menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), siasatan mendapati kontraktor terbabit gagal menanggalkan penutup papan lapis pada titik saliran bumbung ketika menghentikan kerja ekoran ribut dan tindakan tergesa-gesa itu menyebabkan sistem saliran tersumbat.<\/p>\n<p>\u201cKLIA sedang mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor. Ia adalah kecuaian tidak boleh diterima dalam prosedur kerja asas dan ia tidak menepati standard yang dijangkakan,\u201d tegas MAHB melalui satu kenyataan.<\/p>\n<p>Kejadian berlaku apabila hujan lebat turun selepas itu, menyebabkan air bertakung di bumbung dan akhirnya bocor ke ruang balai berlepas.<\/p>\n<p>MAHB menjelaskan kerja pemulihan infrastruktur kalis air sedang dijalankan sebagai sebahagian daripada penyelenggaraan berterusan terminal tersebut.<\/p>\n<p>\u201cPasukan maklum balas kami berjaya membersihkan kawasan terjejas dalam masa sejam setengah dan semua sistem kembali beroperasi seperti biasa dengan selamat,\u201d kata kenyataan itu lagi.<\/p>\n<p>Sebagai langkah segera, MAHB bekerjasama dengan kontraktor untuk menambah baik prosedur kerja.<\/p>\n<p>\u201cKami juga bekerjasama dengan kontraktor untuk melaksanakan penambahbaikan segera terhadap prosedur kerja mereka, termasuk rundingan wajib ramalan meteorologi sebelum memulakan kerja di bahagian bumbung,\u201d jelas MAHB.<\/p>\n<p>MAHB menegaskan komitmennya untuk memastikan semua kontraktor mematuhi standard operasi yang tinggi, selaras dengan jangkaan para pengguna lapangan terbang antarabangsa tersebut.<\/p>\n<p>Kerja baik pulih bumbung terminal utama yang bermula April lalu merupakan komponen penting dalam program pembaharuan infrastruktur syarikat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Insiden kebocoran bumbung di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang tular baru-baru ini berpunca daripada kecuaian kontraktor yang tidak mematuhi prosedur kerja asas semasa menjalankan kerja baik pulih. Menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), siasatan mendapati kontraktor terbabit gagal menanggalkan penutup papan lapis pada titik saliran bumbung ketika menghentikan kerja ekoran ribut [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5121,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1790,2413,1743,453,1164],"authors":[],"class_list":["post-5120","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-bocor","tag-bumbung","tag-hujan","tag-klia","tag-mahb"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5120","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5120"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5120\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5122,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5120\/revisions\/5122"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5121"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5120"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5120"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5120"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5120"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}