{"id":5144,"date":"2025-11-15T11:07:16","date_gmt":"2025-11-15T11:07:16","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5144"},"modified":"2025-11-15T11:07:16","modified_gmt":"2025-11-15T11:07:16","slug":"bung-moktar-janji-selesaikan-isu-asas-di-dun-lamag","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bung-moktar-janji-selesaikan-isu-asas-di-dun-lamag\/","title":{"rendered":"Bung Moktar janji selesaikan isu asas di DUN Lamag"},"content":{"rendered":"<p>Bung Moktar Radin berikrar untuk memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah jalan raya, bekalan elektrik yang tidak stabil, dan air bersih dalam tempoh tiga tahun jika beliau sekali lagi diberi mandat oleh pengundi DUN Lamag pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.<\/p>\n<p>Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata walaupun pembangunan sudah sampai ke Lamag, beberapa isu mendesak masih perlu ditangani segera.<\/p>\n<p>\u201cDi Lamag ini sebenarnya tidak banyak lagi yang boleh kita tambah dari segi pembangunan.<\/p>\n<p>\u201cProjek jalan yang sedang dibina sekarang inilah pembangunan utamanya. Ini perlu penekanan dengan Kerajaan Persekutuan untuk mempercepatkan kewangannya,\u201d jelas Bung Moktar selepas pelancaran jentera BN bagi DUN Lamag dan Sukau hari ini.<\/p>\n<p>\u201cMasalah elektrik (yang mati-mati) dan masalah air bersih ini akan kita tangani dalam masa jangka tiga tahun,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>Mengenai visi jangka panjang, Bung Moktar menyatakan aspirasinya untuk membina sebuah kompleks sukan bagi golongan muda dan sebuah pusat pentadbiran baharu yang strategik.<\/p>\n<p>\u201cDan (untuk) pembangunan anak muda, kita akan bina kompleks sukan, Insya-Allah, kita akan buat.<\/p>\n<p>\u201cUntuk pusat pentadbiran baharu itu, kita bina di tanah yang di atas bukit itu serta-merta. Ini keperluan untuk pegawai daerah dan agensi kerajaan (bagi membolehkan mereka) memberi perkhidmatan kepada rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mengulas mengenai persaingan enam penjuru di DUN Lamag, beliau melihat perpecahan dalam parti lawan sebagai satu peluang untuk Barisan Nasional (BN).<\/p>\n<p>\u201cAlhamdulillah, ternyata GRS telah berpecah. Pakcik lawan anak buah, beripar pun berantakan. Ini perkembangan terbaik untuk BN menempatkan diri di kalangan masyarakat,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>Dari segi strategi kempen, Bung Moktar menyatakan akan turun ke kawasan yang dianggap mencabar, manakala jentera parti akan bergerak secara berzon.<\/p>\n<p>\u201cSaya akan pergi ke kawasan yang saya lihat ada kesukaran untuk menang. Selebihnya, saya beri kepada mereka untuk mengurus.<\/p>\n<p>\u201cKita akan monitor perkembangan dari masa ke masa,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Bung Moktar akan mempertahankan kerusi Lamag yang dimenanginya dengan majoriti tipis 661 undi pada PRN lalu.<\/p>\n<p>Beliau akan berdepan lima pesaing daripada GRS, Warisan, PN, PIS dan seorang calon bebas.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bung Moktar Radin berikrar untuk memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah jalan raya, bekalan elektrik yang tidak stabil, dan air bersih dalam tempoh tiga tahun jika beliau sekali lagi diberi mandat oleh pengundi DUN Lamag pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini. Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata walaupun pembangunan sudah sampai [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4050,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1575,409,2422,103,102],"authors":[],"class_list":["post-5144","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bung-moktar-radin","tag-dun","tag-lamag","tag-prn","tag-sabah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5144","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5144"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5144\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5145,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5144\/revisions\/5145"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4050"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5144"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5144"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5144"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5144"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}