{"id":5148,"date":"2025-11-16T06:38:36","date_gmt":"2025-11-16T06:38:36","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5148"},"modified":"2025-11-16T06:38:36","modified_gmt":"2025-11-16T06:38:36","slug":"ph-tidak-akan-calonkan-nama-ketua-menteri-sabah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ph-tidak-akan-calonkan-nama-ketua-menteri-sabah\/","title":{"rendered":"PH tidak akan calonkan nama Ketua Menteri Sabah"},"content":{"rendered":"<p>Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim, menolak spekulasi gabungannya bercadang untuk \u2018menguasai\u2019 Sabah dengan mencalonkan seorang Ketua Menteri untuk mengukuhkan peranannya sebagai \u2018kuasa penstabil\u2019 dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.<\/p>\n<p>Perdana Menteri berkata PH tidak akan mengetuai kerajaan negeri dan tidak mempunyai kerusi yang mencukupi untuk berbuat demikian, merujuk kepada jumlah calon PH yang hanya bertanding di 22 daripada 73 kerusi.<\/p>\n<p>\u201cKita tidak letak calon PH sebagai ketua menteri. Kamu pilihlah siapa kamu mahu (untuk bentuk kerajaan),\u201d kata Anwar semasa program di Kota Kinabalu malam tadi.<\/p>\n<p>Beliau berkaata fokus utama PH adalah untuk memastikan tadbir urus yang baik dan mengukuhkan hubungan kerja antara kerajaan negeri dan persekutuan.<\/p>\n<p>\u201cPertama, kita jaga urus tadbir. Kita tidak mahu negeri ini dikenali dengan rasuah atau salah guna kuasa. Cukup-cukuplah\u2026 kita kerja betul, kerja bersama,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Anwar turut mengkritik keadaan politik Sabah dengan merujuk kepada jumlah calon yang terlalu ramai di beberapa kerusi, seperti di Tulid yang menyaksikan 14 calon.<\/p>\n<p>\u201cApa benda ini? Ini menunjukkan ada masalah di sini,\u201d ujarnya sambil ketawa dan menepuk dahi.<\/p>\n<p>Mengenai isu sensitif tuntutan 40 peratus hasil persekutuan, Anwar menegaskan komitmen kerajaannya.<\/p>\n<p>\u201cIni pertama kali kabinet kata ya, 40 peratus itu hak Sabah. Tak bantah,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Beliau juga menafikan rayuan yang dibuat kerajaan adalah berkenaan tuntutan tersebut, sambil menasihati semua pihak agar membaca kenyataan berkenaan dengan teliti.<\/p>\n<p>\u201cBaca elok-elok, rayuan itu untuk satu kes lain, bukan yang 40 peratus,\u201d tambahnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim, menolak spekulasi gabungannya bercadang untuk \u2018menguasai\u2019 Sabah dengan mencalonkan seorang Ketua Menteri untuk mengukuhkan peranannya sebagai \u2018kuasa penstabil\u2019 dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini. Perdana Menteri berkata PH tidak akan mengetuai kerajaan negeri dan tidak mempunyai kerusi yang mencukupi untuk berbuat demikian, merujuk kepada jumlah calon PH yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5149,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[13,136,1572,103,102],"authors":[],"class_list":["post-5148","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar","tag-calon","tag-ketua-menteri","tag-prn","tag-sabah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5148","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5148"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5148\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5150,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5148\/revisions\/5150"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5149"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5148"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5148"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5148"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5148"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}