{"id":5155,"date":"2025-11-16T07:04:38","date_gmt":"2025-11-16T07:04:38","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5155"},"modified":"2025-11-16T07:04:38","modified_gmt":"2025-11-16T07:04:38","slug":"zahid-gesa-belia-sabah-bangunkan-negeri-tawar-gaji-premium","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/zahid-gesa-belia-sabah-bangunkan-negeri-tawar-gaji-premium\/","title":{"rendered":"Zahid gesa belia Sabah bangunkan negeri, tawar gaji premium"},"content":{"rendered":"<p>Ahmad Zahid Hamidi, menggesa belia Sabah agar menjadi tonggak kestabilan politik dan pemacu kemajuan negeri dengan merebut peluang yang disediakan kerajaan.<\/p>\n<p>Timbalan Perdana Menteri berkata bahawa golongan muda, yang membentuk 54 peratus populasi Sabah adalah aset berharga yang perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi membendung masalah pengangguran yang masih mencatat kadar tertinggi di negara ini, iaitu 17.1 peratus.<\/p>\n<p>\u201cKita mahu anak Sabah diberikan gaji premium, sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan, dengan syarat mesti melalui kursus TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional),\u201d katanya semasa berucap di Program Karnival Lindung Kerjaya hari ini.<\/p>\n<p>Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata insentif gaji premium itu bertujuan menggalakkan belia tempatan membina kerjaya di tanah air sendiri dan mengelak penghijrahan ke Semenanjung atau Sarawak.<\/p>\n<p>Beliau turut mengumumkan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk memperkukuh latihan kemahiran dengan menambah pusat GiatMARA baharu di Sabah, termasuk sebuah di DUN Tempasuk.<\/p>\n<p>\u201cKita mempunyai 25 GiatMARA di Sabah sekarang ini. Insya-Allah, untuk Rancangan Malaysia Ke-13, kita akan tambah penubuhan GiatMARA.<\/p>\n<p>\u201cInsya-Allah, kita akan percepatkan penubuhannya demi melatih anak muda khususnya dalam bidang yang mempunyai peluang pekerjaan dengan gaji tinggi,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Inisiatif ini, katanya, selari dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai tenaga mahir tempatan dalam sektor berteknologi tinggi dan berpendapatan tinggi, seterusnya memperkukuh ekonomi Sabah.<\/p>\n<p>Zahid turut menekankan kepentingan kestabilan politik di Sabah sebagai asas untuk semua potensi pembangunan dapat direalisasikan secara menyeluruh bagi manfaat rakyat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ahmad Zahid Hamidi, menggesa belia Sabah agar menjadi tonggak kestabilan politik dan pemacu kemajuan negeri dengan merebut peluang yang disediakan kerajaan. Timbalan Perdana Menteri berkata bahawa golongan muda, yang membentuk 54 peratus populasi Sabah adalah aset berharga yang perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi membendung masalah pengangguran yang masih mencatat kadar tertinggi di negara ini, iaitu 17.1 [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":822,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[147,378,106,2426,102,2425,520],"authors":[],"class_list":["post-5155","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-bn","tag-gaji","tag-rm2000","tag-sabah","tag-tpm","tag-tvet"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5155","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5155"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5155\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5156,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5155\/revisions\/5156"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/822"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5155"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5155"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5155"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5155"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}