{"id":5164,"date":"2025-11-16T10:53:37","date_gmt":"2025-11-16T10:53:37","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5164"},"modified":"2025-11-16T10:53:37","modified_gmt":"2025-11-16T10:53:37","slug":"zahid-nafi-wujud-konflik-antara-rahman-dahlan-dengan-bung-moktar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/zahid-nafi-wujud-konflik-antara-rahman-dahlan-dengan-bung-moktar\/","title":{"rendered":"Zahid nafi wujud konflik antara Rahman Dahlan dengan Bung Moktar"},"content":{"rendered":"<p>Keputusan Timbalan Ketua UMNO Sabah, Abdul Rahman Dahlan untuk tidak bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tidak menandakan sebarang masalah dalaman dalam Barisan Nasional (BN).<\/p>\n<p>Menurut Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi, keputusan itu dibuat secara terhormat hasil perbincangan kedua-duanya bagi memberi laluan kepada calon muda yang diketengahkan oleh UMNO Sabah.<\/p>\n<p>\u201cBeliau (Abdul Rahman) telah bertemu dengan saya, sebelum itu beliau menelefon saya untuk memohon penarikan diri. Dua hari lepas pun beliau bersama saya dan juga calon di Tuaran.<\/p>\n<p>\u201cHari ini saya ke Kota Belud, semalam Abdul Rahman sendiri datang mengiringi calon (di Kota Belud) dan tidak ada sedikit pun permasalahan di dalam BN,\u201d kata Zahid selepas merasmikan Program Karnival Lindung Kerjaya hari ini.<\/p>\n<p>Beliau yang juga Presiden UMNO memuji sikap berjiwa besar yang ditunjukkan oleh Abdul Rahman dengan mendahulukan kepentingan parti.<\/p>\n<p>\u201cMemang benar, di peringkat awal tawaran telah diberikan kepada Abdul Rahman, tetapi beliau telah menarik diri kerana merasakan peluang harus diberikan kepada anak muda.<\/p>\n<p>\u201cJadi saudara Azuwan Marjan telah diputuskan oleh UMNO Sabah untuk diketengahkan sebagai calon di Tempasuk,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Zahid turut mengucapkan terima kasih kepada Abdul Rahman dan berharap calon baharu mereka, Azuwan Marjan, akan berjaya memenangi kerusi DUN Tempasuk.<\/p>\n<p>\u201cTentunya kita ucapkan terima kasih kepada Abdul Rahman yang telah memberikan peluang ini kepada Azuwan. Mudah-mudahan Azuwan akan memenangi kerusi Tempasuk ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pertandingan di DUN Tempasuk menyaksikan Azuwan daripada BN berdepan dengan tujuh penentang lain, termasuk penyandangnya, Mohd Arsad Bistari daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS).<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Keputusan Timbalan Ketua UMNO Sabah, Abdul Rahman Dahlan untuk tidak bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tidak menandakan sebarang masalah dalaman dalam Barisan Nasional (BN). Menurut Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi, keputusan itu dibuat secara terhormat hasil perbincangan kedua-duanya bagi memberi laluan kepada calon muda yang diketengahkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5165,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[147,378,1575,409,294,103,149,102],"authors":[],"class_list":["post-5164","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-bn","tag-bung-moktar-radin","tag-dun","tag-konflik","tag-prn","tag-rahman-dahlan","tag-sabah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5164","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5164"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5164\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5166,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5164\/revisions\/5166"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5165"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5164"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5164"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5164"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5164"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}