{"id":5186,"date":"2025-11-17T03:35:43","date_gmt":"2025-11-17T03:35:43","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5186"},"modified":"2025-11-17T03:37:42","modified_gmt":"2025-11-17T03:37:42","slug":"kadar-internet-malaysia-antara-termurah-prestasi-5g-berkembang-pesat-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kadar-internet-malaysia-antara-termurah-prestasi-5g-berkembang-pesat-fahmi\/","title":{"rendered":"Kadar internet Malaysia antara termurah, prestasi 5G berkembang pesat: Fahmi"},"content":{"rendered":"<p>Kadar internet di Malaysia antara yang termurah di dunia bagi setiap gigabait, sekali gus membuktikan komitmen kerajaan dalam menyediakan akses digital yang inklusif dan mampu milik kepada seluruh rakyat.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata negara juga berjaya melaksanakan rangkaian 5G dengan kelajuan yang memberangsangkan dengan mengekalkan kadar caj berpatutan kepada pengguna.<\/p>\n<p>\u201cKita adalah antara 10 negara yang kadar Internetnya bagi setiap gigabait berharga sekitar 2 sen.<\/p>\n<p>\u201cUsaha berterusan ini mencerminkan kesungguhan kerajaan memastikan rakyat menikmati perkhidmatan digital pada kos yang berpatutan,\u201d jelas Fahmi ketika berucap pada Majlis Bersama Diaspora Malaysia di Rumah Malaysia di Azerbaijan.<\/p>\n<p>Beliau yang berada di Baku bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Pembangunan Telekomunikasi Dunia 2025 (WTDC-25) turut menekankan kejayaan negara dalam arena teknologi.<\/p>\n<p>\u201cHasilnya, negara kini mempunyai rangkaian 5G terpantas di Asia Tenggara serta kedua terpantas di rantau Asia Pasifik selepas Korea Selatan. Pencapaian ini adalah hasil kerjasama erat semua pihak dalam industri,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Mengenai Sidang Kemuncak ASEAN yang lalu, Fahmi berkata kejayaan Malaysia sebagai tuan rumah membuktikan peranan penting yang dimainkan bagi menjaga kestabilan di rantau tersebut.<\/p>\n<p>\u201cKita berjaya mengubah persepsi masyarakat antarabangsa bukan sahaja terhadap Malaysia tetapi juga ASEAN. Sebagai sebuah rantau dengan 660 juta penduduk, masa depan kita cerah jika terus bersatu dan mengekalkan kestabilan,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Sementara itu, Duta Besar Malaysia ke Azerbaijan, Ahmad Kamrizamil Mohd Riza, menyifatkan penyertaan Fahmi dalam WTDC-25 sebagai bukti komitmen kerajaan memperkukuh hubungan dua hala.<\/p>\n<p>\u201cPersidangan ini membuka ruang untuk kerjasama lebih luas dalam bidang komunikasi dan teknologi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Seorang warga Malaysia, Kelvin Chong, yang telah menetap di Azerbaijan selama 18 tahun, meluahkan rasa bangga dengan kemajuan negara.<\/p>\n<p>\u201cSaya amat teruja dengan perkembangan di Malaysia. Negara semakin maju dan kami di sini berasa sangat gembira dan bangga,\u201d ujar pengasas Culinary Arts Centre of Azerbaijan (CASA) itu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kadar internet di Malaysia antara yang termurah di dunia bagi setiap gigabait, sekali gus membuktikan komitmen kerajaan dalam menyediakan akses digital yang inklusif dan mampu milik kepada seluruh rakyat. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata negara juga berjaya melaksanakan rangkaian 5G dengan kelajuan yang memberangsangkan dengan mengekalkan kadar caj berpatutan kepada pengguna. \u201cKita adalah antara 10 [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5187,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[2392,221,2429,49,186,736,2440,2441],"authors":[],"class_list":["post-5186","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-5g","tag-asean","tag-azerbaijan","tag-fahmi-fadzil","tag-internet","tag-kadar","tag-persidangan-pembangunan-telekomunikasi-dunia-2025","tag-wtdc-25"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5186","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5186"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5186\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5189,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5186\/revisions\/5189"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5187"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5186"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5186"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5186"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5186"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}