{"id":5207,"date":"2025-11-17T07:38:01","date_gmt":"2025-11-17T07:38:01","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5207"},"modified":"2025-11-17T07:39:21","modified_gmt":"2025-11-17T07:39:21","slug":"spekulasi-ganti-tempat-zafrul-amk-selangor-gesa-amirudin-dikekalkan-sebagai-mb","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/spekulasi-ganti-tempat-zafrul-amk-selangor-gesa-amirudin-dikekalkan-sebagai-mb\/","title":{"rendered":"Spekulasi ganti tempat Zafrul, AMK Selangor gesa Amirudin dikekalkan sebagai MB"},"content":{"rendered":"<p>Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor menyanggah spekulasi yang mendakwa Menteri Besar, Amirudin Shari mungkin akan menggantikan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.<\/p>\n<p>Ketua AMK Selangor, Muhammad Iman Haziq, menegaskan rekod pencapaian dan kredibiliti Amirudin membuktikan beliau adalah sosok paling layak untuk terus menerajui kepimpinan negeri Selangor pada masa ini.<\/p>\n<p>\u201cAMK Selangor menolak laporan portal MalaysiaKini dan Ekonomi Rakyat mengenai kemungkinan perubahan pucuk pimpinan di Selangor dalam masa terdekat,\u201d katanya dalam kenyataan media hari ini.<\/p>\n<p>Iman Haziq berkata Amirudin telah membuktikan keupayaannya memimpin Selangor sebagai negeri termaju di Malaysia melalui pentadbiran yang cekap, berintegriti, serta inisiatif jangka panjang yang berpaksikan rakyat.<\/p>\n<p>\u201cAMK Selangor menegaskan bahawa kedudukan Datuk Seri Amirudin Shari sebagai Menteri Besar Selangor perlu dikekalkan memandangkan rekod kepimpinannya berjaya mengekalkan kestabilan pentadbiran negeri,\u201d jelas beliau.<\/p>\n<p>Beliau turut mengingatkan semua pihak agar tidak mengambil kesempatan mencari publisiti murahan dengan melontarkan andaian yang tidak berasas.<\/p>\n<p>\u201cIsu perbincangan kepimpinan negeri sepatutnya melalui saluran dalaman parti serta mengutamakan disiplin organisasi,\u201d tegasnya lagi.<\/p>\n<p>Spekulasi tersebut didakwa bukan sahaja mengganggu tumpuan kerajaan negeri terhadap agenda pembangunan, malah berpotensi menjejaskan keyakinan pelabur serta kestabilan politik negeri.<\/p>\n<p>Laporan media semalam mendakwa Amirudin mungkin diangkat ke Kabinet berikutan pengalamannya memimpin negeri yang menjadi destinasi utama pelaburan asing, dengan spekulasi tambahan mengenai penggantinya di kerusi Menteri Besar.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor menyanggah spekulasi yang mendakwa Menteri Besar, Amirudin Shari mungkin akan menggantikan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri. Ketua AMK Selangor, Muhammad Iman Haziq, menegaskan rekod pencapaian dan kredibiliti Amirudin membuktikan beliau adalah sosok paling layak untuk terus menerajui kepimpinan negeri Selangor pada masa ini. \u201cAMK [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":489,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[306,164,408,2455,96,355],"authors":[],"class_list":["post-5207","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amirudin-shari","tag-amk","tag-menteri-besar","tag-menteri-pelaburan","tag-selangor","tag-tengku-zafrul"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5207","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5207"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5207\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5210,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5207\/revisions\/5210"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/489"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5207"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5207"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5207"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5207"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}