{"id":5218,"date":"2025-11-18T04:13:19","date_gmt":"2025-11-18T04:13:19","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5218"},"modified":"2025-11-18T04:13:19","modified_gmt":"2025-11-18T04:13:19","slug":"siasatan-ke-rasuah-adun-sabah-masih-aktif-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/siasatan-ke-rasuah-adun-sabah-masih-aktif-pmx\/","title":{"rendered":"Siasatan ke rasuah ADUN Sabah masih aktif: PMX"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim memaklumkan siasatan berhubung video rasuah yang melibatkan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah masih belum ditutup atau dipadam, sekaligus menolak sebarang tanggapan bahawa kerajaan melindungi mana-mana pihak.<\/p>\n<p>Perdana Menteri berkata juga sudah menonton rakaman video berkenaan dan berpendapat ia mempunyai asas yang kukuh untuk disiasat, namun perkara itu terletak sepenuhnya di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).<\/p>\n<p>&#8220;Menurut pemberitahuan SPRM, kes itu sudah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara.<\/p>\n<p>\u201cSetakat ini, untuk kes jenayah, tiada &#8216;had masa&#8217;, jadi kita kena bersabar,&#8221; jelas Anwar semasa sesi Waktu Pertanyaan di Dewan Rakyat.<\/p>\n<p>Anwar juga memberitahu setakat ini seramai tiga individu sudah didakwa, ia sekaligus menafikan dakwaan kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan berhubung isu kes rasuah di Sabah.<\/p>\n<p>&#8220;Setakat ini tiga individu sudah didakwa, tetapi kita tidak lepaskan semua yang lain.<\/p>\n<p>\u201cPersoalan mengapa ada yang didakwa tiga, kerana mereka ada &#8216;kes yang meyakinkan&#8217;&#8230; tetapi yang lain, kes mereka tidak pernah dipadam atau ditutup,\u201d ujarnya lagi.<\/p>\n<p>Beliau mengulas soalan tambahan daripada Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) mengenai status siasatan ke atas ADUN Sabah yang dikaitkan dalam video tular itu, terutamanya ada dalam kalangan mereka yang kini bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.<\/p>\n<p>Anwar turut menegaskan tidak akan mencampuri urusan siasatan dengan mengarahkan pendakwaan hanya berasaskan video yang tular.<\/p>\n<p>&#8220;Saya tidak mahu mengarahkan. Mesti dakwa berdasarkan bukti\u2026 saya tak boleh buat begitu. Ini yang kadang-kadang diputar balik kenyataan saya,&#8221; ujarnya.<\/p>\n<p>Penegasan PM itu jelas memaklumkan siasatan masih aktif dan menunggu proses undang-undang yang sewajarnya daripada pihak berkuasa.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim memaklumkan siasatan berhubung video rasuah yang melibatkan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah masih belum ditutup atau dipadam, sekaligus menolak sebarang tanggapan bahawa kerajaan melindungi mana-mana pihak. Perdana Menteri berkata juga sudah menonton rakaman video berkenaan dan berpendapat ia mempunyai asas yang kukuh untuk disiasat, namun perkara itu terletak sepenuhnya di bawah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2100,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[356,13,18,24,102],"authors":[],"class_list":["post-5218","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-adun","tag-anwar","tag-pmx","tag-rasuah","tag-sabah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5218","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5218"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5218\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5219,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5218\/revisions\/5219"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2100"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5218"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5218"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5218"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5218"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}