{"id":5220,"date":"2025-11-18T04:23:55","date_gmt":"2025-11-18T04:23:55","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5220"},"modified":"2025-11-18T04:23:55","modified_gmt":"2025-11-18T04:23:55","slug":"prn-sabah-anwar-nafi-guna-aset-kerajaan-semasa-berkempen","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/prn-sabah-anwar-nafi-guna-aset-kerajaan-semasa-berkempen\/","title":{"rendered":"PRN Sabah: Anwar nafi guna aset kerajaan semasa berkempen"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menolak dakwaan menggunakan harta dan kemudahan kerajaan untuk berkempen semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.<\/p>\n<p>Perdana Menteri menjelaskan penggunaan kenderaan rasmi kerajaan adalah satu kewajipan dan bukan pilihan kerana sebagai pemimpin utama negara pasukan keselamatan perlu bersama-sama dalam apa jua program yang disertainya atas faktor sekuriti.<\/p>\n<p>&#8220;Kalau macam tu saya nak guna mobil (kenderaan) mana&#8230; (Guna kenderaan) kerajaan, itu kelonggaran.<\/p>\n<p>\u201cPM (Perdana Menteri) kena guna pasukan keselamatan dan kenderaan rasmi dalam apa program sebab pertimbangan sekuriti,&#8221; jelas Anwar semasa menjawab soalan tambahan daripada Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) di Dewan Rakyat.<\/p>\n<p>Anwar juga berkata semua program rasminya di negeri itu telah dijadualkan lebih awal, sementara sebarang aktiviti berkaitan kempen PRN Sabah dilakukan sepenuhnya di bawah platform parti.<\/p>\n<p>Anwar turut memberi komitmen peribadinya dalam memastikan integriti dengan menetapkan garis pandang yang ketat, malah melarang sebarang program kempen parti melibatkan mana-mana agensi atau institusi kerajaan secara rasmi.<\/p>\n<p>Sebagai contoh, beliau berkongsi satu insiden di mana sebuah program bersama mahasiswa yang dinamakan &#8216;Temu Anwar&#8217; pada asalnya dijadualkan di sebuah universiti.<\/p>\n<p>Namun, beliau sendiri mengambil inisiatif untuk membatalkan dan menukar lokasinya.<\/p>\n<p>&#8220;Ini kerana saya tidak mahu universiti secara rasmi terbabit menganjurkan program Anwar untuk bertemu dengan anak muda,&#8221; ujar Anwar.<\/p>\n<p>Penjelasan diberikan itu sekali gus menunjukkan pendirian Anwar dalam memisahkan urusan parti dan kerajaan.<\/p>\n<p>Penegasan ini dibuat bagi menjawab segala tuduhan yang dilemparkan mengenai penggunaan aset kerajaan semasa PRN Sabah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menolak dakwaan menggunakan harta dan kemudahan kerajaan untuk berkempen semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Perdana Menteri menjelaskan penggunaan kenderaan rasmi kerajaan adalah satu kewajipan dan bukan pilihan kerana sebagai pemimpin utama negara pasukan keselamatan perlu bersama-sama dalam apa jua program yang disertainya atas faktor sekuriti. &#8220;Kalau macam tu saya nak guna mobil [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":853,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[13,2459,185,1117,103,102],"authors":[],"class_list":["post-5220","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar","tag-aset-kerajaan","tag-kempen","tag-keselamatan","tag-prn","tag-sabah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5220","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5220"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5220\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5221,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5220\/revisions\/5221"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/853"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5220"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5220"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5220"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5220"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}