{"id":5224,"date":"2025-11-18T06:09:14","date_gmt":"2025-11-18T06:09:14","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5224"},"modified":"2025-11-18T06:09:14","modified_gmt":"2025-11-18T06:09:14","slug":"134916-individu-terlibat-dalam-kes-dadah-direkod-pada-januari-jun-2025","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/134916-individu-terlibat-dalam-kes-dadah-direkod-pada-januari-jun-2025\/","title":{"rendered":"134,916 individu terlibat dalam kes dadah direkod pada Januari-Jun 2025"},"content":{"rendered":"<p>Statistik membimbangkan direkodkan apabila seramai 134,916 individu telah terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2025, dengan majoriti kes didominasi oleh pengambilan dadah sintetik.<\/p>\n<p>Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, memberitahu Parlimen daripada jumlah tersebut, sebanyak 97,329 orang atau 72.15 peratus merupakan pengguna dadah sintetik seperti syabu, ekstasi dan ketamin.<\/p>\n<p>Beliau berkata, kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif komprehensif bagi menangani ancaman ini, khususnya dalam kalangan belia.<\/p>\n<p>\u201cAntara langkah kerajaan adalah melalui beberapa inisiatif di bawah program pencegahan, penguatkuasaan dan pemulihan. Ini termasuk mengadakan kempen kesedaran awam yang mensasarkan pelbagai segmen masyarakat, termasuk keluarga, institusi pendidikan, tempat kerja dan komuniti,\u201d jelas Saifuddin Nasution dalam jawapan bertulis di Parlimen.<\/p>\n<p>Tambah beliau, kerajaan turut mempergiat aktiviti penguatkuasaan secara bersepadu bersama pihak polis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan agensi-agensi lain bagi memerangi penularan masalah ini.<\/p>\n<p>Di sebalik usaha pencegahan, kerajaan juga memberi fokus terhadap aspek pemulihan.<\/p>\n<p>Menurut Saifuddin, kerajaan telah membangunkan Pelan Komunikasi Antidadah yang menyasarkan semua peringkat umur.<\/p>\n<p>Beliau turut menekanka Pindaan Akta Penagih Dadah dan Penyalahgunaan Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 yang berkuat kuasa baru-baru ini bertujuan untuk meluaskan akses kepada rawatan.<\/p>\n<p>\u201cPindaan ini juga menggalakkan individu, termasuk belia, tampil secara sukarela untuk mendapatkan rawatan dan pemulihan,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Inisiatif ini diharapkan dapat membendung gejala dadah sintetik yang semakin mengancam kesejahteraan masyarakat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Statistik membimbangkan direkodkan apabila seramai 134,916 individu telah terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2025, dengan majoriti kes didominasi oleh pengambilan dadah sintetik. Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, memberitahu Parlimen daripada jumlah tersebut, sebanyak 97,329 orang atau 72.15 peratus merupakan pengguna dadah sintetik seperti syabu, ekstasi dan ketamin. Beliau [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1824,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[511,22,2462,20],"authors":[],"class_list":["post-5224","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-dadah","tag-kdn","tag-penagih","tag-saifuddin-nasution-ismail"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5224","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5224"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5224\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5225,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5224\/revisions\/5225"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1824"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5224"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5224"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5224"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5224"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}