{"id":5234,"date":"2025-11-18T08:40:17","date_gmt":"2025-11-18T08:40:17","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5234"},"modified":"2025-11-18T08:41:28","modified_gmt":"2025-11-18T08:41:28","slug":"mahkamah-benarkan-permohonan-muhyiddin-dapatkan-pasport-sementara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mahkamah-benarkan-permohonan-muhyiddin-dapatkan-pasport-sementara\/","title":{"rendered":"Mahkamah benarkan permohonan Muhyiddin dapatkan pasport sementara"},"content":{"rendered":"<p>Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, untuk memegang pasport antarabangsanya buat sementara bagi membolehkan menjalani pemeriksaan susulan berkaitan penyakit kanser pankreas yang dihadapinya di United Kingdom (UK).<\/p>\n<p>Hakim Noor Ruwena Md Nurdin membenarkan permohonan Muhyiddin, 78, itu bagi tempoh dari 8 Disember 2025 hingga 5 Januari 2026.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, mahkamah turut mengenakan syarat dengan memendekkan tempoh transit yang dimohon.<\/p>\n<p>\u201cBerdasarkan afidavit sokongan, saya tidak melihat justifikasi untuk transit di Dubai selama lima hingga enam hari.<\/p>\n<p>\u201cPemohon boleh transit di Dubai selama satu hingga dua hari sahaja,\u201dkata Noor Ruwena.<\/p>\n<p>Beliau turut mengingatkan tindakan Muhyiddin menempah tiket penerbangan sebelum mendapat kebenaran mahkamah adalah satu risiko dan boleh membuka \u2018flood gate\u2019 kepada permohonan seumpamanya.<\/p>\n<p>Peguam Muhyiddin, Amer Hamzah Arshad, dalam hujahnya memaklumkan anak guamnya itu perlu mendapatkan rawatan susulan tahunan di London.<\/p>\n<p>\u201cSelain menjalani pemeriksaan kesihatan, anak guam saya juga berhasrat untuk meluangkan masa bersama tiga orang cucunya yang menetap di UK.<\/p>\n<p>\u201cTiada sebarang risiko untuk beliau melarikan diri,\u201d jelas Amer Hamzah.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, pihak pendakwaan yang diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat, membuat bantahan terhadap sebahagian permohonan itu.<\/p>\n<p>\u201cPihak pendakwaan tidak membantah permohonan untuk rawatan di UK, tetapi kami membantah hasrat untuk bercuti bersama keluarga di Madrid kerana ia akan membuka \u2018flood gate\u2019,\u201d ujarnya sambil mencadangkan tempoh pemulangan pasport dipendekkan hingga 20 Disember 2025.<\/p>\n<p>Muhyiddin semasa menjadi Perdana Menteri dan Presiden Bersatu didakwa atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM232.5 juta berkaitan Projek Jana Wibawa daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff bagi parti berkenaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, untuk memegang pasport antarabangsanya buat sementara bagi membolehkan menjalani pemeriksaan susulan berkaitan penyakit kanser pankreas yang dihadapinya di United Kingdom (UK). Hakim Noor Ruwena Md Nurdin membenarkan permohonan Muhyiddin, 78, itu bagi tempoh dari 8 Disember 2025 hingga 5 Januari 2026. Bagaimanapun, mahkamah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":83,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[73,258,58,1590,2080,589],"authors":[],"class_list":["post-5234","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-luar-negara","tag-mahkamah","tag-muhyiddin-yassin","tag-pasport","tag-rawatan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5234","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5234"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5234\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5237,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5234\/revisions\/5237"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/83"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5234"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5234"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5234"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5234"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}