{"id":5243,"date":"2025-11-18T14:54:52","date_gmt":"2025-11-18T14:54:52","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5243"},"modified":"2025-11-18T14:56:32","modified_gmt":"2025-11-18T14:56:32","slug":"mat-hasan-harap-mic-tak-keluar-bn-cari-jalan-berunding","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mat-hasan-harap-mic-tak-keluar-bn-cari-jalan-berunding\/","title":{"rendered":"Mat Hasan harap MIC tak keluar BN, cari jalan berunding"},"content":{"rendered":"<p>Mohamad Hasan akan mengatur pertemuan dengan pimpinan tertinggi MIC bagi membincangkan masa depan parti komponen itu dalam gabungan tersebut sejurus berakhirnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.<\/p>\n<p>Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu menggesa agar pimpinan MIC membuat pertimbangan yang sewajarnya berhubung resolusi yang diluluskan pada Perhimpunan Agung MIC Ke-79 baru-baru ini, yang antaranya mencadangkan parti itu keluar daripada BN.<\/p>\n<p>\u201cSaya yakin pimpinan tertinggi MIC akan memikirkan sebaik mungkin, sedalam-dalamnya kerana MIC parti yang bersama-sama dengan UMNO dan juga MCA semasa kita memerdekakan tanah air suatu ketika dahulu,\u201d ujar Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO selepas sesi ramah mesra bersama penduduk Kampung Binsulok di Membakut hari ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata hubungan antara MIC dan BN telah lama dan amat rapa dan sebarang perkara yang memerlukan penjelasan atau salah faham yang perlu dijernihkan, seeloknya dibawa ke meja rundingan.<\/p>\n<p>\u201cIni supaya persahabatan yang telah lama terbina ini tidak terputus begitu sahaja kerana persahabatan penting dalam sesebuah keadaan,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Mengimbau kembali kewujudan MIC bersama BN, Mohamad yakin pemimpin utama parti itu tidak akan membuat keputusan terburu-buru.<\/p>\n<p>\u201cKadang-kadang, cakap-cakap itu biasa, tapi sebagai pemimpin tertinggi, saya yakin presiden, timbalan presiden dan pimpinan tertinggi MIC lain mempunyai kewarasan amat baik,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Mohamad juga berkata akan mencari jalan untuk berunding dengan MIC bagi mencari penyelesaian terbaik dan mungkin pertemuan akan diadakan selepas PRN Sabah nanti.<\/p>\n<p>\u201cKita akan jumpa, saya sendiri akan berusaha untuk jumpa mereka agar kita dapat menyelesaikan segala kekusutan.<\/p>\n<p>\u201cLaut mana tidak bergelora, kita tunggulah dulu gelora itu reda, ombak tengah kuat, kita &#8216;berlabuh&#8217; dulu di jeti. Kita baiki dulu &#8216;kapal&#8217; kita, mana yang bocor kita tampal, mana yang tidak betul kita betulkan dan kita akan terus keluar nanti apabila gelora telah reda,\u201d jelasnya lagi.<\/p>\n<p>Perhimpunan Agung MIC Ke-79 pada Ahad lalu dilaporkan menangguhkan keputusan muktamad berkenaan masa depan parti dalam BN, dengan tiga usul termasuk cadangan keluar diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) untuk pertimbangan selanjutnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Mohamad Hasan akan mengatur pertemuan dengan pimpinan tertinggi MIC bagi membincangkan masa depan parti komponen itu dalam gabungan tersebut sejurus berakhirnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu menggesa agar pimpinan MIC membuat pertimbangan yang sewajarnya berhubung resolusi yang diluluskan pada Perhimpunan Agung MIC Ke-79 baru-baru ini, yang antaranya mencadangkan parti [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1136,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[378,240,1139,377,283,1311],"authors":[],"class_list":["post-5243","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bn","tag-gabungan","tag-keluar","tag-mic","tag-mohamad-hasan","tag-prn-sabah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5243","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5243"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5243\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5246,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5243\/revisions\/5246"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1136"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5243"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5243"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5243"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5243"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}