{"id":5253,"date":"2025-11-19T03:49:54","date_gmt":"2025-11-19T03:49:54","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5253"},"modified":"2025-11-19T03:49:54","modified_gmt":"2025-11-19T03:49:54","slug":"hutang-luar-negara-kekal-stabil-kata-kementerian-kewangan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/hutang-luar-negara-kekal-stabil-kata-kementerian-kewangan\/","title":{"rendered":"Hutang luar negara kekal stabil, kata Kementerian Kewangan"},"content":{"rendered":"<p>Kedudukan hutang luar negara Malaysia kekal stabil dan terkawal dan tiada risiko yang boleh memudaratkan ekonomi negara wujud pada masa ini.<\/p>\n<p>Menurut Kementerian Kewangan (MOF), sehingga akhir suku ketiga 2025, jumlah hutang luar negara dicatatkan pada RM1.4 trilion, bersamaan 69.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), iaitu paras yang dinilai selamat.<\/p>\n<p>\u201cBerdasarkan Rangka Kerja Kemampanan Hutang oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), risiko hutang luar negeri boleh memudaratkan jika disertai dengan saiz hutang jangka pendek yang besar, pendedahan yang tinggi terhadap pinjaman dalam mata wang asing serta defisit dalam akaun semasa imbangan pembayaran.<\/p>\n<p>\u201cRisiko ini tidak wujud dalam konteks Malaysia,\u201d jelas MOF melalui kenyataan bertulis di Dewan Rakyat.<\/p>\n<p>Kementerian itu berkata profil tempoh matang hutang adalah kukuh, dengan 56.9 peratus daripada jumlah hutang terdiri daripada hutang jangka sederhana dan panjang, sekali gus mengurangkan risiko pembiayaan semula.<\/p>\n<p>Dari segi rizab antarabangsa, MOF memaklumkan rizab Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$123.8 bilion (RM521.6 bilion) sehingga 31 Oktober lalu, yang melebihi paras ambang kecukupan antarabangsa.<\/p>\n<p>\u201cRizab antarabangsa juga kekal mencukupi pada 104 peratus mengikut metrik Penilaian Kecukupan Rizab (ARA) oleh IMF,\u201d tambah kenyataan itu.<\/p>\n<p>MOF turut menegaskan hutang luar negeri Kerajaan Persekutuan adalah kecil, iaitu kurang tiga peratus daripada jumlah hutang luar negeri, dan sebahagian besarnya dalam denominasi ringgit, yang melindunginya daripada risiko ketidakpadanan mata wang.<\/p>\n<p>\u201cBagi Malaysia, rizab antarabangsa bukan satu-satunya cara untuk memenuhi obligasi luaran.<\/p>\n<p>\u201cSyarikat korporat dan institusi kewangan Malaysia sudah membina pegangan aset luar negeri bukan rizab yang besar, yang boleh digunakan untuk memenuhi komitmen kewangan dalam mata wang asing tanpa bergantung sepenuhnya kepada rizab antarabangsa,\u201d jelas kementerian itu.<\/p>\n<p>Dengan Kedudukan Pelaburan Antarabangsa Bersih (IIP) yang positif pada RM77.3 bilion, Malaysia terus mengekalkan status sebagai sebuah negara pemiutang bersih.<\/p>\n<p>Justeru, kemampuan negara untuk memenuhi keperluan luaran dan melunaskan hutang jangka pendek berada pada tahap yang kukuh.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kedudukan hutang luar negara Malaysia kekal stabil dan terkawal dan tiada risiko yang boleh memudaratkan ekonomi negara wujud pada masa ini. Menurut Kementerian Kewangan (MOF), sehingga akhir suku ketiga 2025, jumlah hutang luar negara dicatatkan pada RM1.4 trilion, bersamaan 69.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), iaitu paras yang dinilai selamat. \u201cBerdasarkan Rangka Kerja [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1914,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[844,155,897,258,482,309,2276],"authors":[],"class_list":["post-5253","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-bnm","tag-hutang","tag-kdnk","tag-luar-negara","tag-mof","tag-parlimen","tag-rizab"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5253","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5253"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5253\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5254,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5253\/revisions\/5254"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1914"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5253"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5253"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5253"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5253"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}