{"id":5262,"date":"2025-11-19T06:27:05","date_gmt":"2025-11-19T06:27:05","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5262"},"modified":"2025-11-19T06:27:05","modified_gmt":"2025-11-19T06:27:05","slug":"mahfuz-slogan-sabah-untuk-sabah-hanya-retorik-kosong-pecah-belah-rakyat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mahfuz-slogan-sabah-untuk-sabah-hanya-retorik-kosong-pecah-belah-rakyat\/","title":{"rendered":"Mahfuz: Slogan \u2018Sabah untuk Sabah\u2019 hanya retorik kosong, pecah-belah rakyat"},"content":{"rendered":"<p>Mahfuz Omar mengkritik slogan \u2018Sabah untuk Sabah\u2019 yang didakwanya telah dijadikan slogan politik murahan yang memecah-belahkan dan menjarakkan Sabah dari Malaysia.<\/p>\n<p>Naib Presiden Parti Amanah itu berkata, maruah Sabah tidak akan terpelihara dengan menjarakkan diri, sebaliknya dengan memastikan Malaysia menjadi sebuah Persekutuan yang adil untuk negeri itu.<\/p>\n<p>\u201cAmanah berpandangan bahawa maruah Sabah tidak akan terpelihara dengan menjarakkan diri dari Malaysia, tetapi dengan memastikan Malaysia menjadi sebuah Persekutuan yang adil kepada Sabah,\u201d kata Mahfuz.<\/p>\n<p>Menurutnya, Amanah menyertai Pilihan Raya Negeri Sabah atas nama Pakatan Harapan (PH) untuk mengangkat suara politik berasaskan nilai, kejujuran, dan keadilan.<\/p>\n<p>Beliau mempersoalkan kesahihan perjuangan parti-parti tempatan yang mendakwa membawa semangat \u2018Sabah untuk Sabah\u2019, tetapi akhirnya menyertai Kabinet Perpaduan Madani di peringkat Persekutuan.<\/p>\n<p>\u201cBila sampai ke Kuala Lumpur, semua masuk Kabinet Perpaduan Madani.<\/p>\n<p>\u201cJadi saya tanya, kalau semua sudah dalam Kerajaan Persekutuan, mana lagi \u2018Sabah untuk Sabah\u2019 tu? Maknanya, ia dah jadi slogan politik murahan, bukan lagi sebuah perjuangan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mahfuz berkata slogan tersebut gagal menyatukan rakyat Sabah malah menyaksikan parti-parti tempatan sendiri yang berpecah.<\/p>\n<p>\u201cJangan biarkan politik slogan memecahkan. Biarlah politik nilai menyatukan rakyat Sabah,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sambil mengakuan Amanah sebuah parti kecil, beliau berikrar untuk tetap berprinsip.<\/p>\n<p>\u201cKecil-kecil cili padi, tapi pedasnya dari Sulabayan Semporna hingga Putrajaya,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Mahfuz menekankan Sabah adalah tiang seri Malaysia, dan kekuatannya terletak pada kepimpinan yang bersih dan jujur.<\/p>\n<p>\u201cAmanah percaya bahawa kekuatan Sabah terletak pada kepimpinan yang bersih, jujur dan tidak memperalatkan slogan tempatan untuk kepentingan peribadi,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Beliau menyeru para pengundi di Sabah, khususnya di DUN Sulabayan, agar menjadikan pilihan raya ini sebagai medan untuk menegakkan nilai-nilai murni dalam politik.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Mahfuz Omar mengkritik slogan \u2018Sabah untuk Sabah\u2019 yang didakwanya telah dijadikan slogan politik murahan yang memecah-belahkan dan menjarakkan Sabah dari Malaysia. Naib Presiden Parti Amanah itu berkata, maruah Sabah tidak akan terpelihara dengan menjarakkan diri, sebaliknya dengan memastikan Malaysia menjadi sebuah Persekutuan yang adil untuk negeri itu. \u201cAmanah berpandangan bahawa maruah Sabah tidak akan terpelihara [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1211,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[275,753,727,103,102,2470],"authors":[],"class_list":["post-5262","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amanah","tag-mahfuz","tag-pakatan-harapan","tag-prn","tag-sabah","tag-slogan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5262","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5262"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5262\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5263,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5262\/revisions\/5263"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1211"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5262"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5262"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5262"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5262"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}