{"id":5267,"date":"2025-11-19T06:41:07","date_gmt":"2025-11-19T06:41:07","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5267"},"modified":"2025-11-19T06:41:07","modified_gmt":"2025-11-19T06:41:07","slug":"hubungan-malaysia-china-kekal-utuh-kerjasama-negara-lain-tak-jejas-hubungan-zahid","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/hubungan-malaysia-china-kekal-utuh-kerjasama-negara-lain-tak-jejas-hubungan-zahid\/","title":{"rendered":"Hubungan Malaysia-China kekal utuh, kerjasama negara lain tak jejas hubungan: Zahid"},"content":{"rendered":"<p>Perjanjian yang dimeterai oleh Malaysia dengan mana-mana negara lain tidak akan menjejaskan atau melemahkan hubungan dua hala yang kukuh dengan China, kata Ahmad Zahid Hamidi.<\/p>\n<p>Timbalan Perdana Menteri berkata hubungan Malaysia dengan China kekal utuh, strategik dan berpandangan ke hadapan.<\/p>\n<p>\u201cSaya ingin menegaskan kepada Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing, supaya tidak usah bimbang mengenai sebarang perjanjian yang dimeterai dengan mana-mana negara.<\/p>\n<p>\u201cHubungan Malaysia dengan China kekal utuh. Ini kerana apabila ASEAN dan China berkembang secara bersama, manfaatnya akan dinikmati oleh semua pihak,\u201d katanya semasa berucap pada Sidang Kemuncak Global Ekonomi dan Teknologi (GCET) 2025.<\/p>\n<p>Menurut Ahmad Zahid, kerjasama antara ASEAN dan China di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA) 3.0 terus menunjukkan momentum ekonomi yang kukuh.<\/p>\n<p>Perdagangan antara ASEAN dan China dilaporkan melonjak kepada AS$982 bilion pada 2024, berbanding hanya AS$192.5 bilion pada 2008.<\/p>\n<p>\u201cHubungan dua hala Malaysia-China pula berkembang antara lima hingga tujuh peratus pada awal 2025 dan dijangka melepasi RM200 bilion menjelang Mei ini,\u201d jelasnya lagi.<\/p>\n<p>Ahmad Zahid turut menekankan kepentingan kerjasama dalam bidang pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET), peningkatan kemahiran digital serta inovasi hijau untuk melengkapkan belia dengan keupayaan yang diperlukan industri masa depan.<\/p>\n<p>\u201cKita perlu mengakui hakikat bahawa China juga berkembang pesat ke arah kecerdasan buatan, robotik, automasi serta pendidikan teknikal. Malaysia perlu menimba, melaksanakan serta menjadi pembangun bersama,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sementara itu, beliau berkata kejayaan kerjasama industri halal antara kedua-dua negara, yang dibuktikan dengan kejayaan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia 2025 di Shanghai (MIHAS@Shanghai) baru-baru ini.<\/p>\n<p>\u201cJualan mencecah RM3.2 bilion dalam tempoh lima hari, jauh mengatasi sasaran awal RM2.5 bilion. Ini merupakan satu pencapaian yang luar biasa,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Ahmad Zahid berkata telah mengarahkan MATRADE untuk menyertai Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) setiap tahun bagi membolehkan lebih banyak syarikat Malaysia mempromosikan produk halal mereka secara langsung di China.<\/p>\n<p>GCET 2025 yang dianjurkan oleh Institut Strategik KSI bagi Asia Pasifik, menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan untuk membincangkan trend utama dalam ekonomi dan teknologi global.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perjanjian yang dimeterai oleh Malaysia dengan mana-mana negara lain tidak akan menjejaskan atau melemahkan hubungan dua hala yang kukuh dengan China, kata Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata hubungan Malaysia dengan China kekal utuh, strategik dan berpandangan ke hadapan. \u201cSaya ingin menegaskan kepada Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing, supaya tidak usah bimbang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5268,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[147,221,189,2473,38,823,2474,2425],"authors":[],"class_list":["post-5267","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-asean","tag-china","tag-gcet","tag-malaysia","tag-perdagangan","tag-sidang-kemuncak-global-ekonomi-dan-teknologi","tag-tpm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5267","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5267"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5267\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5269,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5267\/revisions\/5269"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5268"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5267"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5267"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5267"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5267"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}