{"id":528,"date":"2025-06-02T05:36:37","date_gmt":"2025-06-02T05:36:37","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=528"},"modified":"2025-06-02T05:56:35","modified_gmt":"2025-06-02T05:56:35","slug":"agong-bertitah-anugerah-kebesaran-diberi-kepada-individu-yang-layak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/agong-bertitah-anugerah-kebesaran-diberi-kepada-individu-yang-layak\/","title":{"rendered":"Agong bertitah anugerah kebesaran diberi kepada individu yang layak"},"content":{"rendered":"<p>Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menegaskan bahawa penganugerahan darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan bukan untuk dibeli atau dilobi, sebaliknya hanya diberikan kepada individu yang benar-benar layak serta berjasa kepada kerajaan dan negara.<\/p>\n<p>Sultan Ibrahim bertitah walaupun kerajaan telah menggariskan syarat untuk dipertimbangkan, Seri Paduka Baginda tetap akan menilai semula setiap calon yang dicadangkan.<\/p>\n<p>\u201cMengikut telek pandang saya, hanya individu yang telah lama berkhidmat dan berjasa kepada kerajaan, atau yang telah mengharumkan nama negara, wajar untuk diperkenankan. Memang setiap tahun tidak banyak yang melepasi syarat tersebut. Walaupun, ada pihak yang melobi, saya tidak akan layan.<\/p>\n<p>\u201cPangkat Datuk dan Tan Sri bukan untuk dibeli. Kalau ada yang banyak sangat duit, buatlah amal jariah, bantu orang miskin yang memerlukan,\u201d titah Seri Paduka Baginda.<\/p>\n<p>Sehubungan dengan itu, Yang di-Pertuan Agong bertitah penerima yang berjaya pada hari ini seharusnya menghargai dan berbangga dengan anugerah yang dikurniakan.<\/p>\n<p>Sultan Ibrahim bertitah demikian pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan bagi tahun 2025, sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara hari ini.<\/p>\n<p>Turut berangkat pada istiadat itu Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.<\/p>\n<p>Hadir sama Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan isteri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil serta barisan Menteri Kabinet.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan ucapan penghargaan kepada seluruh negara atas ucapan tahniah serta doa yang sentiasa mengiringi setiap langkah Seri Paduka Baginda dalam menjalankan tugas dan amanah sebagai Ketua Negara.<\/p>\n<p>\u201cSaya juga ingin mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan semua acara sempena sambutan Hari Keputeraan saya pada tahun ini.<\/p>\n<p>\u201cMarilah kita berdoa ke hadrat Allah SWT, semoga negara Malaysia tercinta ini sentiasa dilimpahi rahmat dan diberkati, kekal aman, maju dan makmur,\u201d titah Seri Paduka Baginda. &#8211; Bernama<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menegaskan bahawa penganugerahan darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan bukan untuk dibeli atau dilobi, sebaliknya hanya diberikan kepada individu yang benar-benar layak serta berjasa kepada kerajaan dan negara. Sultan Ibrahim bertitah walaupun kerajaan telah menggariskan syarat untuk dipertimbangkan, Seri Paduka Baginda tetap akan menilai semula setiap calon yang dicadangkan. \u201cMengikut [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":529,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[265,39,13,380,18,262],"authors":[],"class_list":["post-528","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-agong","tag-anugerah","tag-anwar","tag-pingat","tag-pmx","tag-titah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/528","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=528"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/528\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":530,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/528\/revisions\/530"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/529"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=528"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=528"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=528"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=528"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}