{"id":5291,"date":"2025-11-20T02:18:47","date_gmt":"2025-11-20T02:18:47","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5291"},"modified":"2025-11-20T02:18:47","modified_gmt":"2025-11-20T02:18:47","slug":"malaysia-ethiopia-perkukuh-hubungan-dagangan-dan-kerjasama-eksport-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/malaysia-ethiopia-perkukuh-hubungan-dagangan-dan-kerjasama-eksport-pmx\/","title":{"rendered":"Malaysia-Ethiopia perkukuh hubungan dagangan dan kerjasama eksport: PMX"},"content":{"rendered":"<p>Malaysia bersedia membuka akses eksport untuk produk ayam, sarang burung, dan makanan ternakan ke Ethiopia, sekali gus merangka bab baharu dalam hubungan ekonomi dua hala.<\/p>\n<p>Perdana Menteri, Anwar Ibrahim semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya, Perdana Menteri Ethiopia Dr. Abiy Ahmed Ali membuat tawaran untuk berkongsi kepakaran Malaysia dalam penanaman sawit serta benih berkualiti.<\/p>\n<p>Anwar juga menekankan keperluan untuk menyemak kadar tarif import ke atas produk sawit Malaysia yang semakin meningkat permintaannya di pasaran Ethiopia.<\/p>\n<p>\u201cSaya turut menyarankan semakan kadar tarif import ke atas produk sawit Malaysia yang semakin mendapat tempat di pasaran Ethiopia,\u201d kata Anwar dalam kenyataan.<\/p>\n<p>Anwar juga memaklumkan kedua-dua negara telah sepakat untuk memperkukuh kerjasama dalam bidang pelancongan, pendidikan, kesihatan, dan Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).<\/p>\n<p>Sokongan Malaysia terhadap agenda reformasi ekonomi Ethiopia akan diteruskan melalui Malaysian Technical Cooperation Program (MTCP).<\/p>\n<p>\u201cKami memperteguh tekad untuk membawa hubungan kedua-dua negara ke fasa lebih strategik merangkumi peluasan perdagangan, pelaburan, pembangunan modal insan serta pemerkasaan kerjasama ekonomi baharu,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Beliau turut menekankan potensi besar dalam bidang baharu seperti kecerdasan buatan (AI), industri semikonduktor, produk halal, dan keselamatan siber.<\/p>\n<p>Peluang ini diperkukuh lagi dengan rangkaian memorandum persefahaman (MoU) antara dewan perniagaan kedua-dua negara.<\/p>\n<p>\u201cMalaysia juga mengalu-alukan penyertaan lebih aktif syarikat Ethiopia dalam misi dagangan dan padanan perniagaan,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Anwar turut menyampaikan penghargaan atas sokongan Ethiopia terhadap hasrat Malaysia untuk menyertai BRICS dan mengucapkan tahniah atas pemilihan negara itu sebagai tuan rumah COP32 pada 2027.<\/p>\n<p>Pertemuan dua hala itu digambarkan sebagai \u2018sarat dan penuh bermakna\u2019, menandakan komitmen kedua-dua negara untuk memanfaatkan peluang bersama.<\/p>\n<p>Lawatan kerja Anwar ke Ethiopia adalah yang pertama dalam rangkaian lawatannya ke benua Afrika.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Malaysia bersedia membuka akses eksport untuk produk ayam, sarang burung, dan makanan ternakan ke Ethiopia, sekali gus merangka bab baharu dalam hubungan ekonomi dua hala. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya, Perdana Menteri Ethiopia Dr. Abiy Ahmed Ali membuat tawaran untuk berkongsi kepakaran Malaysia dalam penanaman sawit serta benih berkualiti. Anwar juga [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5292,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,2481,2480,48,258,18],"authors":[],"class_list":["post-5291","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-dr-abiy-ahmed-ali","tag-ethiopia","tag-lawatan","tag-luar-negara","tag-pmx"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5291","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5291"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5291\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5293,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5291\/revisions\/5293"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5292"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5291"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5291"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5291"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5291"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}