{"id":5302,"date":"2025-11-20T02:51:22","date_gmt":"2025-11-20T02:51:22","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5302"},"modified":"2025-11-20T02:51:22","modified_gmt":"2025-11-20T02:51:22","slug":"pendedah-maklumat-rasuah-sabah-cabar-hajiji-saman-jika-dakwaan-tak-benar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pendedah-maklumat-rasuah-sabah-cabar-hajiji-saman-jika-dakwaan-tak-benar\/","title":{"rendered":"Pendedah maklumat rasuah Sabah cabar Hajiji saman jika dakwaan tak benar"},"content":{"rendered":"<p>Ahli perniagaan, Albert Tei, mencabar pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya sekiranya dakwaan rasuah melibatkan beberapa ahli politik negeri itu tidak benar.<\/p>\n<p>Tei yang sebelum ini mendedahkan skandal rasuah ADUN GRS mempersoalkan ketiadaan laporan polis atau saman fitnah daripada mereka yang didakwanya, justeru mengukuhkan lagi kebimbangan awam mengenai skandal lesen perlombongan yang didakwanya.<\/p>\n<p>Tei secara khusus membidas kenyataan terbaru Ketua Menteri sementara Sabah, Hajiji Noor, yang menegaskan kerajaan GRS menolak kewujudan \u2018kartel\u2019 dalam industri berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cJika (Hajiji) tidak bersalah\u2026 mengapa beliau tidak membuat laporan polis atau mengambil tindakan saman fitnah terhadap saya?\u201d soal Tei.<\/p>\n<p>\u201cApa sebenarnya yang membuatkan beliau, sebagai ketua menteri yang memegang kuasa tertinggi di Sabah, takut dan bimbang untuk berdepan dengan saya?\u201d tambahnya lagi.<\/p>\n<p>Tei berkata tiada sebarang undang-undang terhadap 15 \u2018VVIP\u2019 GRS yang dituduhnya seolah-olah membenarkan dakwaannya.<\/p>\n<p>\u201cSaya sentiasa menunggu tindakan susulan daripada mereka, tetapi hingga kini mereka terus mengabaikan,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Menurutnya, sikap itu mungkin berpunca daripada pihak terbabit yang \u2018tahu\u2019 bahawa pendedahannya disokong oleh bukti kukuh.<\/p>\n<p>\u201cJika perlu, saya bersedia mendedahkan bahan-bahan itu kepada umum atau di mahkamah,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Merujuk kepada kenyataan Hajiji dalam satu wawancara yang mempersoalkan kesahihan keterangan di mahkamah, Tei menyifatkannya sebagai satu dakwaan serius.<\/p>\n<p>\u201cJika Hajiji gagal mengemukakan bukti, ini bermakna tindakannya mengandungi unsur memanipulasi fakta perbicaraan yang sedang berlangsung,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Tei berkata beliau sedang berbincang dengan peguamnya dan tidak menolak kemungkinan untuk memfailkan prosiding menghina mahkamah terhadap Hajiji.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ahli perniagaan, Albert Tei, mencabar pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya sekiranya dakwaan rasuah melibatkan beberapa ahli politik negeri itu tidak benar. Tei yang sebelum ini mendedahkan skandal rasuah ADUN GRS mempersoalkan ketiadaan laporan polis atau saman fitnah daripada mereka yang didakwanya, justeru mengukuhkan lagi kebimbangan awam mengenai skandal lesen perlombongan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4498,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1802,151,1509,1311,290,21],"authors":[],"class_list":["post-5302","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-albert-tei","tag-grs","tag-hajiji-noor","tag-prn-sabah","tag-saman","tag-sprm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5302","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5302"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5302\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5303,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5302\/revisions\/5303"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4498"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5302"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5302"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5302"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5302"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}