{"id":5317,"date":"2025-11-20T08:59:52","date_gmt":"2025-11-20T08:59:52","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5317"},"modified":"2025-11-20T09:00:04","modified_gmt":"2025-11-20T09:00:04","slug":"bekas-setiausaha-menteri-pelancongan-dihukum-penjara-denda-rm8-8-juta","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bekas-setiausaha-menteri-pelancongan-dihukum-penjara-denda-rm8-8-juta\/","title":{"rendered":"Bekas setiausaha Menteri Pelancongan dihukum penjara, denda RM8.8 juta"},"content":{"rendered":"<p>Seorang bekas setiausaha sulit kanan kepada bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya dijatuhi hukuman penjara enam tahun serta denda RM8.8 juta oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.<\/p>\n<p>Mohd Saifullah Mohd Minggu @ Mohd Hisham, 34, yang sebelum ini berkhidmat bersama bekas menteri pelancongan, Mohamaddin Ketapi didapati bersalah menerima rasuah berjumlah RM1.77 juta.<\/p>\n<p>Tertuduh kelihatan teresak-esak dan menangis di dalam kandang tertuduh sejurus Hakim Suzana Hussin membacakan keputusan tersebut.<\/p>\n<p>Hakim Suzana memutuskan pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.<\/p>\n<p>Mahkamah memerintahkan hukuman penjara bermula serta-merta bermula hari ini.<\/p>\n<p>&#8220;Sekiranya tertuduh gagal membayar denda RM8.8 juta, dia akan dipenjara tambahan tujuh tahun,\u201dkata Hakim Suzana.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan hukuman penjara sementara menunggu rayuan difailkan.<\/p>\n<p>Dengan keputusan itu, jumlah ikat jamin juga dinaikkan kepada RM280,000 dengan syarat-syarat ketat, termasuk diwajibkan untuk melaporkan diri di pejabat SPRM dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.<\/p>\n<p>Berdasarkan tujuh pertuduhan, Mohd Saifullah didapati menerima suapan berjumlah RM1.765 juta daripada seorang pemilik syarikat.<\/p>\n<p>Wang itu diterima sebagai dorongan untuk beliau membantu syarikat terbabit mendapatkan tender Perkhidmatan Penghasilan Penjenamaan dan Kreatif bagi kempen pengiklanan Tourism Malaysia.<\/p>\n<p>Kesemua kesalahan itu dilakukan di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Dengkil antara 21 Disember 2018 dan 1 Mac 2019, di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seorang bekas setiausaha sulit kanan kepada bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya dijatuhi hukuman penjara enam tahun serta denda RM8.8 juta oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini. Mohd Saifullah Mohd Minggu @ Mohd Hisham, 34, yang sebelum ini berkhidmat bersama bekas menteri pelancongan, Mohamaddin Ketapi didapati bersalah menerima rasuah berjumlah RM1.77 juta. Tertuduh kelihatan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5318,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[58,2495,2494,440,24,21,2496],"authors":[],"class_list":["post-5317","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-mahkamah","tag-mohamaddin-ketapi","tag-mohd-saifullah-mohd-minggu","tag-pelancongan","tag-rasuah","tag-sprm","tag-susk"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5317","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5317"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5317\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5320,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5317\/revisions\/5320"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5318"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5317"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5317"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5317"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5317"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}