{"id":5331,"date":"2025-11-21T04:22:10","date_gmt":"2025-11-21T04:22:10","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5331"},"modified":"2025-11-21T04:22:10","modified_gmt":"2025-11-21T04:22:10","slug":"bung-moktar-cabar-armizan-berdebat-dakwa-grs-gagal-urus-sabah-laporan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bung-moktar-cabar-armizan-berdebat-dakwa-grs-gagal-urus-sabah-laporan\/","title":{"rendered":"Bung Moktar cabar Armizan berdebat, dakwa GRS gagal urus Sabah: Laporan"},"content":{"rendered":"<p>Ketua UMNO Sabah, Bung Moktar Radin membidas kenyataan Timbalan Setiausaha Agung GRS, Armizan Mohd Ali, dengan mendakwa ia hanya helah untuk mengalih perhatian daripada kegagalan kerajaan negeri pimpinan GRS.<\/p>\n<p>Beliau menolak dakwaan Armizan yang menyifatkannya sebagai punca ketidakstabilan politik Sabah, sambil menyifatkan kenyataan tersebut sebagai cetek dan membuktikan pemahaman yang lemah tentang pentadbiran negeri.<\/p>\n<p>\u201cKalau saya panggil dia bodoh, mungkin dia marah. Tapi rakyat saya yang panggil dia bodoh.<\/p>\n<p>\u201cMenteri bodoh itu, rakyat bilang. Jadi kamu boleh tulis bukan saya yang cakap, rakyat saya yang bilang,\u201d sindir Bung Moktar dipetik dalam laporan media SuaraTV.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan kuasa sebenar di Sabah hanya berpusat pada Ketua Menteri dan Menteri Kewangan, manakala jawatan timbalan ketua menteri tidak mempunyai kuasa meluluskan perbelanjaan.<\/p>\n<p>\u201cRM50 ribu pun dia tidak boleh luluskan. Jadi apa yang saya gagal? Ini masalah Armizan. Kalau dia mahu berpolitik dengan saya, berpolitiklah secara bijaksana, guna otak yang matang,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Mengulas pengalamannya sebagai mantan Menteri Kerja Raya, Bung Moktar mendedahkan beliau sendiri menghadapi kekangan untuk meluluskan projek, walaupun yang kecil nilainya.<\/p>\n<p>Beliau seterusnya mencabar Armizan untuk berdebat secara terbuka mengenai prestasi kerajaan negeri, isu projek mega, serta halatuju Sabah.<\/p>\n<p>\u201cKalau dia mahu berdebat dengan saya, saya sedia di mana-mana. Itu Armizan saya cabar dia. Mana tempat pun boleh. Tajuk pun dia pilih,\u201d ujarnya dengan tegas.<\/p>\n<p>Bung Moktar turut merujuk kepada video-video tular berkenaan pemberian projek kerajaan sebagai bukti wujudnya masalah dalam pentadbiran GRS.<\/p>\n<p>\u201cJangan berlagak dengan saya. Yang gagal adalah Ketua Menteri.<\/p>\n<p>\u201cDia sapu semua projek. Video-video yang tular pun sudah jelas,\u201d katanya sambil memberi amaran kepada Armizan agar tidak mengugutnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ketua UMNO Sabah, Bung Moktar Radin membidas kenyataan Timbalan Setiausaha Agung GRS, Armizan Mohd Ali, dengan mendakwa ia hanya helah untuk mengalih perhatian daripada kegagalan kerajaan negeri pimpinan GRS. Beliau menolak dakwaan Armizan yang menyifatkannya sebagai punca ketidakstabilan politik Sabah, sambil menyifatkan kenyataan tersebut sebagai cetek dan membuktikan pemahaman yang lemah tentang pentadbiran negeri. \u201cKalau [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":556,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[427,378,1575,109,151,103,102,146],"authors":[],"class_list":["post-5331","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-armizan-mohd-ali","tag-bn","tag-bung-moktar-radin","tag-debat","tag-grs","tag-prn","tag-sabah","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5331","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5331"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5331\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5332,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5331\/revisions\/5332"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/556"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5331"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5331"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5331"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5331"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}