{"id":5351,"date":"2025-11-21T12:24:58","date_gmt":"2025-11-21T12:24:58","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5351"},"modified":"2025-11-21T12:25:03","modified_gmt":"2025-11-21T12:25:03","slug":"tak-ada-tukar-ketua-pembangkang-muhyiddin-ulas-spekulasi-hamzah-bakal-diganti","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/tak-ada-tukar-ketua-pembangkang-muhyiddin-ulas-spekulasi-hamzah-bakal-diganti\/","title":{"rendered":"Tak ada tukar Ketua Pembangkang, Muhyiddin ulas spekulasi Hamzah bakal diganti"},"content":{"rendered":"<p>Muhyiddin Yasin mengesahkan bahawa Hamzah Zainuddin akan terus mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang.<\/p>\n<p>Pengerusi Perikatan Nasional (PN) mengulas dakwaan spekulasi yang mengatakan bakal berlaku perubahan bagi jawatan Ketua Pembangkang yang dipegang Hamzah susulan beberapa isu melibatkan hal dalaman parti Bersatu sebelum ini.<\/p>\n<p>Kenyataan Muhyiddin itu juga menafikan khabar angin yang mendakwa Ahli Parlimen Putrajaya, Radzi Jidin, akan dinamakan sebagai Ketua Pembangkang yang baharu.<\/p>\n<p>&#8220;Tak ada apa-apa. Tak ada tukar (ketua pembangkang). Kekal seperti mana yang ada sekarang,&#8221; kata Muhyiddin semasa ditanya wartawan ketika berkempen untuk calon PN di Pantai Dalit, Tuaran.<\/p>\n<p>Spekulasi mengenai pertukaran jawatan itu tercetus beberapa hari lalu, didakwa berikutan gerakan tertentu yang dikaitkan dengan Hamzah.<\/p>\n<p>Namun, keadaan itu dilihat reda selepas satu pertemuan diadakan di kediaman Muhyiddin yang dihadiri oleh 18 Ahli Parlimen Bersatu, termasuk Hamzah sendiri.<\/p>\n<p>Mengenai pertemuan tersebut, Muhyiddin dalam satu kenyataan di Facebook menyatakan bahawa perbincangan itu berlangsung dalam suasana yang terbuka dan bertanggungjawab.<\/p>\n<p>&#8220;Mereka turut menegaskan iltizam untuk melaksanakan amanah rakyat dengan penuh disiplin, serta memastikan nama baik parti sentiasa dijaga melalui tindakan yang berprinsip dan konsisten,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Keputusan untuk mengekalkan Hamzah dilihat sebagai satu langkah untuk mengukuhkan perpaduan dan kestabilan dalam kalangan ahli dan pimpinan PN.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Muhyiddin Yasin mengesahkan bahawa Hamzah Zainuddin akan terus mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang. Pengerusi Perikatan Nasional (PN) mengulas dakwaan spekulasi yang mengatakan bakal berlaku perubahan bagi jawatan Ketua Pembangkang yang dipegang Hamzah susulan beberapa isu melibatkan hal dalaman parti Bersatu sebelum ini. Kenyataan Muhyiddin itu juga menafikan khabar angin yang mendakwa Ahli Parlimen Putrajaya, Radzi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1775,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[73,1453,1847,71,309,541],"authors":[],"class_list":["post-5351","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-hamzah","tag-ketua-pembangkang","tag-muhyiddin","tag-parlimen","tag-perikatan-nasional"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5351","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5351"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5351\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5352,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5351\/revisions\/5352"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1775"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5351"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5351"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5351"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5351"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}