{"id":5359,"date":"2025-11-21T13:05:20","date_gmt":"2025-11-21T13:05:20","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5359"},"modified":"2025-11-21T13:05:20","modified_gmt":"2025-11-21T13:05:20","slug":"ringgit-ditutup-tinggi-berbanding-dolar-as-seiring-kenaikan-mata-wang-serantau-laporan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ringgit-ditutup-tinggi-berbanding-dolar-as-seiring-kenaikan-mata-wang-serantau-laporan\/","title":{"rendered":"Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS seiring kenaikan mata wang serantau: Laporan"},"content":{"rendered":"<p>Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini seiring kenaikan beberapa mata wang serantau walaupun laporan gaji bukan pertanian AS untuk September lebih kukuh daripada jangkaan.<\/p>\n<p>Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.1460\/1495 berbanding dolar AS daripada 4.1565\/1645 ketika ditutup semalam.<\/p>\n<p>Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pengukuhan ringgit seiring dengan mata wang lain seperti euro, pound Britain, dolar Singapura, baht Thailand dan rupiah Indonesia.<\/p>\n<p>\u201cLaporan terkini gaji bukan pertanian AS menunjukkan 119,000 pekerjaan diwujudkan pada September sekali gus melebihi unjuran.<\/p>\n<p>\u201cMungkin data tersebut agak ketinggalan dan oleh itu, Ahli-ahli Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan harus bergantung kepada prestasi November,\u201d katanya kepada Bernama.<\/p>\n<p>Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.<\/p>\n<p>Ringgit sedikit melemah berbanding yen kepada 2.6453\/6479 daripada 2.6446\/6498 ketika ditutup pada Khamis tetapi mengukuh berbanding euro kepada 4.7779\/7819 daripada 4.7916\/8008 semalam dan naik berbanding pound Britain kepada 5.4143\/4188 daripada 5.4367\/4472 sebelumnya.<\/p>\n<p>Ringgit juga menunjukkan prestasi yang kebanyakannya lebih baik berbanding mata wang ASEAN.<\/p>\n<p>Mata wang tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1695\/1724 daripada 3.1809\/1873 pada Khamis, naik sedikit berbanding baht Thailand kepada 12.7601\/7759 daripada 12.8093\/8395 ketika ditutup semalam dan berkembang berbanding rupiah Indonesia kepada 248.0\/248.3 daripada 248.3\/248.9 sebelumnya.<\/p>\n<p>Namun, ia kekal pada paras yang sama berbanding peso Filipina pada 7.04\/7.05. &#8211; Bernama<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini seiring kenaikan beberapa mata wang serantau walaupun laporan gaji bukan pertanian AS untuk September lebih kukuh daripada jangkaan. Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.1460\/1495 berbanding dolar AS daripada 4.1565\/1645 ketika ditutup semalam. Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":652,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[462,393,752,394],"authors":[],"class_list":["post-5359","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-dolar","tag-mata-wang","tag-nilai","tag-ringgit"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5359","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5359"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5359\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5360,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5359\/revisions\/5360"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/652"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5359"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5359"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5359"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5359"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}