{"id":5367,"date":"2025-11-21T19:42:49","date_gmt":"2025-11-21T19:42:49","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5367"},"modified":"2025-11-22T04:46:30","modified_gmt":"2025-11-22T04:46:30","slug":"subsidi-penerbangan-bantuan-tunai-antara-tawaran-pn-kepada-pengundi-sabah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/subsidi-penerbangan-bantuan-tunai-antara-tawaran-pn-kepada-pengundi-sabah\/","title":{"rendered":"Subsidi penerbangan, bantuan tunai antara tawaran PN kepada pengundi Sabah"},"content":{"rendered":"<p>Manifesto Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri Sabah kali ini bertemakan \u2018Kasi Bagus Sabah\u2019 yang menjanjikan bantuan menyeluruh kepada rakyat negeri itu termasuk bantuan tunai tahunan RM4,800 untuk keluarga miskin tegar.<\/p>\n<p>Manifesto tersebut mengandungi 12 tunjang dan 159 tawaran itu digambarkan sebagai pelan komprehensif untuk meringankan beban rakyat dan memacu pembangunan negeri.<\/p>\n<p>Pengerusinya, Muhyiddin Yassin, berkata Bantuan Prihatin Rakyat Sabah (BPRS) itu adalah intervensi segera menangani tekanan kos sara hidup.<\/p>\n<p>\u201cIni komitmen nyata PN untuk memastikan rakyat Sabah tidak terus ketinggalan dari segi kesejahteraan ekonomi,\u201d tegasnya semasa pelancaran manifesto di Putatan, hari ini.<\/p>\n<p>Dalam bidang pendidikan, PN memperkenalkan Dana Didik Sabah bernilai RM300 juta untuk tempoh lima tahun. Dana itu akan bertindak sebagai tabung akses pendidikan bagi membantu murid luar bandar dan keluarga B40.<\/p>\n<p>\u201cMelalui dana itu, PN berjanji menyediakan pengangkutan ke asrama untuk murid pedalaman, bantuan peranti serta kelas bimbingan percuma,\u201d jelas Muhyiddin.<\/p>\n<p>Selain itu, pelajar Sabah yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Semenanjung, Sarawak dan Labuan akan menerima subsidi tiket penerbangan Mahasiswa Sayang Sabah (MSS) sebanyak RM1,000 setahun.<\/p>\n<p>Langkah ini dilihat sebagai sokongan penting untuk meringankan kos perjalanan pulang ke kampung.<\/p>\n<p>Dari aspek kesihatan, PN melancarkan Program Sabah Prihatin (PSP) yang antara lainya menawarkan perkhidmatan saringan kesihatan komuniti bergerak, Kompas Kesihatan Sabah (KKS), untuk pengesanan awal penyakit.<\/p>\n<p>Bagi membantu golongan muda, skim bantuan p-hailing dengan peruntukan RM2.5 juta setahun diperkenalkan untuk 5,000 anak muda, merangkumi pembiayaan penyelenggaraan motosikal dan perlindungan insurans.<\/p>\n<p>Muhyiddin menegaskan manifesto itu disusun berasaskan suara rakyat.<\/p>\n<p>\u201cIni bukan manifesto kosong. Ia komitmen tanggungjawab yang PN bersedia laksanakan sebaik diberi mandat,\u201d ujarnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Manifesto Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri Sabah kali ini bertemakan \u2018Kasi Bagus Sabah\u2019 yang menjanjikan bantuan menyeluruh kepada rakyat negeri itu termasuk bantuan tunai tahunan RM4,800 untuk keluarga miskin tegar. Manifesto tersebut mengandungi 12 tunjang dan 159 tawaran itu digambarkan sebagai pelan komprehensif untuk meringankan beban rakyat dan memacu pembangunan negeri. Pengerusinya, Muhyiddin [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1775,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[944,1759,2512,1590,172,541,103,102],"authors":[],"class_list":["post-5367","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bantuan","tag-janji","tag-manifesto","tag-muhyiddin-yassin","tag-pengundi","tag-perikatan-nasional","tag-prn","tag-sabah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5367","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5367"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5367\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5368,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5367\/revisions\/5368"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1775"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5367"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5367"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5367"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5367"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}