{"id":5369,"date":"2025-11-21T19:51:24","date_gmt":"2025-11-21T19:51:24","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5369"},"modified":"2025-11-21T19:52:12","modified_gmt":"2025-11-21T19:52:12","slug":"bn-utamakan-isu-air-elektrik-dan-jalan-raya-dalam-manifesto-prn-sabah-kali-ini-zahid","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bn-utamakan-isu-air-elektrik-dan-jalan-raya-dalam-manifesto-prn-sabah-kali-ini-zahid\/","title":{"rendered":"BN utamakan isu air, elektrik dan jalan raya dalam manifesto PRN Sabah kali ini: Zahid"},"content":{"rendered":"<p>Isu bekalan air, elektrik, dan jalan raya yang sering membelenggu rakyat Sabah dijangka menjadi teras utama Manifesto Barisan Nasional (BN) negeri ini yang akan dilancarkan secara rasmi pada Sabtu.<\/p>\n<p>Perkara itu dinyatakan oleh Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi, yang memberitahu perincian manifesto tersebut akan dibentangkan oleh Ketua UMNO Sabah, Bung Moktar Radin.<\/p>\n<p>\u201cPerincian antara lain adalah untuk \u2018Bikin Balik Sabah\u2019, ertinya masalah tiga serangkai yang menjadi permasalahan selama ini,\u201d jelas Zahid kepada pemberita selepas melancarkan program Sentuhan Kasih Desa@Papar.<\/p>\n<p>Beliau menambah, manifesto itu turut akan memberi penekanan terhadap pelaburan, perumahan untuk keluarga muda, dan sektor pelancongan.<\/p>\n<p>Zahid juga berkata manifesto BN Sabah akan memberi tumpuan khusus untuk menangani isu pengangguran dalam kalangan belia negeri tersebut kerana kira-kira 17 peratus atau 165,000 orang belia di Sabah merupakan penganggur.<\/p>\n<p>\u201cJadi dalam manifesto itu akan mengesyorkan beberapa kaedah supaya pengangguran di Sabah ini dikurangkan.<\/p>\n<p>\u201cIni kerana satu dari lima pengangguran itu berada di Sabah,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Menurutnya, salah satu pendekatan penyelesaian adalah melalui ekosistem pendidikan baharu di bawah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).<\/p>\n<p>\u201cKebetulan saya juga Pengerusi Majlis TVET Negara dan Insya-Allah pendidikan TVET ini akan ditekankan di Sabah dan kita mahu anak-anak Sabah biarlah kerja di Sabah. Kita wujudkan industri melalui pelaburan,\u201d katanya sambil menyatakan hasrat untuk menarik pulang tenaga kerja Sabah yang kini bekerja di semenanjung.<\/p>\n<p>Mengenai persoalan kelewatan pelancaran manifesto berbanding tempoh kempen yang sudah seminggu, Zahid menegaskan ia merupakan strategi media yang disengajakan.<\/p>\n<p>\u201cSaya minta ia ditangguhkan kerana apabila hari kempen telah bermula seminggu, jadi orang mahu tahu tentang manifesto kita.<\/p>\n<p>\u201cAdalah lebih baik kita pilih dari segi strategi media,\u201d jelasnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Isu bekalan air, elektrik, dan jalan raya yang sering membelenggu rakyat Sabah dijangka menjadi teras utama Manifesto Barisan Nasional (BN) negeri ini yang akan dilancarkan secara rasmi pada Sabtu. Perkara itu dinyatakan oleh Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi, yang memberitahu perincian manifesto tersebut akan dibentangkan oleh Ketua UMNO Sabah, Bung Moktar Radin. \u201cPerincian antara lain [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":822,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[147,378,1759,2512,1311],"authors":[],"class_list":["post-5369","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-bn","tag-janji","tag-manifesto","tag-prn-sabah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5369","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5369"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5369\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5371,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5369\/revisions\/5371"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/822"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5369"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5369"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5369"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5369"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}