{"id":5374,"date":"2025-11-22T04:39:49","date_gmt":"2025-11-22T04:39:49","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5374"},"modified":"2025-11-22T04:39:49","modified_gmt":"2025-11-22T04:39:49","slug":"bn-akan-tentukan-calon-ketua-menteri-jika-menang-banyak-kerusi-zahid","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bn-akan-tentukan-calon-ketua-menteri-jika-menang-banyak-kerusi-zahid\/","title":{"rendered":"BN akan tentukan calon Ketua Menteri jika menang banyak kerusi: Zahid"},"content":{"rendered":"<p>Barisan Nasional (BN) akan memulakan proses perundingan bagi menentukan calon Ketua Menteri Sabah hanya selepas keputusan pilihan raya negeri diumumkan, dengan memberi keutamaan kepada hierarki kepimpinan dalam parti.<\/p>\n<p>Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamid berkataa perkara itu hanya akan diputuskan sekiranya BN berjaya meraih kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.<\/p>\n<p>&#8220;Kita sudah membuat keputusan, apabila kita memenangi kerusi dan banyak, barulah kita akan buat, untuk menentukan semua atur cara perundingan calon ketua menteri baru,&#8221; jelasnya kepada media selepas melancarkan manifesto BN malam tadi.<\/p>\n<p>&#8220;Tentunya kita meyakini hierarki (kedudukan pemimpin itu dalam parti) harus diberi keutamaan,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>Sehingga kini, BN masih belum mendedahkan calon yang akan diangkat sebagai \u2018poster boy\u2019 atau calon Ketua Menteri.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Pengerusi BN Sabah, Bung Mokhtar Radin, sebelum ini telah menyatakan kesediaannya untuk memikul tanggungjawab tersebut sekiranya parti itu diberi mandat.<\/p>\n<p>Mengenai kerjasama dengan parti lain, Zahid menjelaskan buat masa ini, kesepakatan hanya melibatkan Pakatan Harapan (PH) dari segi penentuan calon.<\/p>\n<p>&#8220;Kita mempunyai kesepakatan dan kerjasama semua kerusi yang ditandingi oleh BN dan PH,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Menjawab persoalan mengenai serangan daripada pihak lawan, beliau mengakui ianya berlaku, namun menegaskan bahawa BN tidak pernah lemah semangat.<\/p>\n<p>&#8220;Kita yakin, dokongan (yang terus diberikan pucuk pimpinan) itu akan memberikan semangat kepada pemimpin dan calon untuk memenangi kerusi yang ditandingi,&#8221; ujarnya.<\/p>\n<p>&#8220;Kita birukan semula Sabah kerana kita mempunyai sejarah panjang di mana Sabah ketika dipimpin BN satu ketika dulu, adalah negeri yang sangat maju,\u201d ujarnya lagi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Barisan Nasional (BN) akan memulakan proses perundingan bagi menentukan calon Ketua Menteri Sabah hanya selepas keputusan pilihan raya negeri diumumkan, dengan memberi keutamaan kepada hierarki kepimpinan dalam parti. Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamid berkataa perkara itu hanya akan diputuskan sekiranya BN berjaya meraih kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini. &#8220;Kita sudah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":337,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[147,378,148,136,1572,1311,146],"authors":[],"class_list":["post-5374","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-bn","tag-bung-moktar","tag-calon","tag-ketua-menteri","tag-prn-sabah","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5374","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5374"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5374\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5375,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5374\/revisions\/5375"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/337"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5374"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5374"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5374"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5374"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}