{"id":5383,"date":"2025-11-22T05:05:14","date_gmt":"2025-11-22T05:05:14","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5383"},"modified":"2025-11-22T05:05:14","modified_gmt":"2025-11-22T05:05:14","slug":"prn-sabah-pn-buka-pintu-rundingan-dengan-parti-tempatan-sahaja","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/prn-sabah-pn-buka-pintu-rundingan-dengan-parti-tempatan-sahaja\/","title":{"rendered":"PRN Sabah: PN buka pintu rundingan dengan parti tempatan sahaja"},"content":{"rendered":"<p>Perikatan Nasional (PN) menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan parti-parti tempatan Sabah selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti, namun tetap teguh dengan pendirian untuk menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).<\/p>\n<p>Ketua Whip PN, Takiyuddin Hassan, berkata pendekatan ini akan dipertimbangkan sekiranya keputusan PRN Sabah menunjukkan tiada parti yang berjaya memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan tetapi sebarang rundingan tidak akan melibatkan PH.<\/p>\n<p>\u201cKalaulah tidak ada satu parti yang secara sendiri boleh menubuhkan kerajaan negeri Sabah, mungkin akan ada rundingan selepas pilihan raya.<\/p>\n<p>\u201cTapi semestinya bukan bersama PH,\u201d kata Takiyuddin selepas program ceramah di Dewan Kelantan Trade Centre.<\/p>\n<p>Beliau yang juga Setiausaha Agung PAS menegaskan pendirian PN terhadap PH tidak berubah dan kekal sebagai garis dasar yang jelas dalam hal kerjasama politik.<\/p>\n<p>Menurut Takiyuddin, PN terbuka untuk berunding dengan parti-parti tempatan seperti Parti Warisan, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) serta mana-mana parti negeri lain yang berpotensi membentuk gabungan yang stabil.<\/p>\n<p>\u201cWarisan, parti-parti Sabah lain, STAR dan sebagainya kita boleh pertimbangkan, tiada masalah,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Pandangan tersebut disokong oleh Naib Presiden PAS, Mohd Amar Abdullah, yang sebelum ini berpendapat bahawa landskap politik Sabah menyukarkan pembentukan kerajaan oleh hanya satu parti dominan.<\/p>\n<p>Hari pengundian PRN Sabah ke-17 yang melibatkan 73 kerusi DUN telah ditetapkan pada 29 November ini, manakala undi awal akan diadakan pada 25 November.<\/p>\n<p>Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 1,784,843 pengundi layak mengundi pada pilihan raya negeri kali ini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perikatan Nasional (PN) menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan parti-parti tempatan Sabah selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti, namun tetap teguh dengan pendirian untuk menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH). Ketua Whip PN, Takiyuddin Hassan, berkata pendekatan ini akan dipertimbangkan sekiranya keputusan PRN Sabah menunjukkan tiada parti yang berjaya memperoleh majoriti mudah untuk membentuk [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3375,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[374,541,103,102,2294],"authors":[],"class_list":["post-5383","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-kerajaan","tag-perikatan-nasional","tag-prn","tag-sabah","tag-takiyuddin-hassan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5383","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5383"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5383\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5384,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5383\/revisions\/5384"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3375"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5383"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5383"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5383"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5383"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}