{"id":5385,"date":"2025-11-22T07:16:19","date_gmt":"2025-11-22T07:16:19","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5385"},"modified":"2025-11-22T07:16:19","modified_gmt":"2025-11-22T07:16:19","slug":"kedah-tegas-tuntut-hak-ke-atas-pulau-pinang-takkan-berganjak-sanusi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kedah-tegas-tuntut-hak-ke-atas-pulau-pinang-takkan-berganjak-sanusi\/","title":{"rendered":"Kedah tegas tuntut hak ke atas Pulau Pinang, takkan berganjak: Sanusi"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan Negeri Kedah sedang menunggu pasukan peguamnya menyempurnakan proses teknikal berhubung tuntutan terhadap Pulau Pinang, termasuk meneliti semua dokumen dan menentukan bentuk \u2018relief\u2019 atau tuntutan yang munasabah.<\/p>\n<p>Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, menjelaskan pasukan guaman itu akan mengemukakan cadangan tuntutan selepas segala dokumen dan bahan berkaitan dikaji secara menyeluruh.<\/p>\n<p>\u201cPeguam akan cari \u2018relief\u2019 atau tuntutan yang munasabah berdasarkan dokumen dan kajian undang-undang. Apa bentuk tuntutan itu, mereka nanti akan cadangkan kepada kita,\u201d katanya selepas menghadiri Majlis Penghormatan dan Penghargaan Kepada Pelajar Lepasan Pondok Negeri Kedah 2024 di UniSHAMS, Kuala Ketil, hari ini.<\/p>\n<p>Sanusi menegaskan perjuangan menuntut hak negeri Kedah tidak akan terhenti biarpun masa berlalu ratusan tahun, kerana ia melibatkan legasi nenek moyang dan amanah kepada generasi kini.<\/p>\n<p>Beliau menyentuh kenyataan Exco Pulau Pinang yang mendakwa mengungkit isu 200 tahun lalu dengan menegaskan hak mesti dipertahankan dengan apa jua cara sekali pun.<\/p>\n<p>\u201cKalau 1,000 tahun pun saya akan ungkit juga. Hak kita, hak anak cucu kita. Pemimpin dulu mengharap anak cucunya pertahankan apa yang menjadi hak sekarang dan kini anak cucu itu bangkit,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Menurutnya, pihak yang mendakwa sengaja membangkitkan isu lampau mungkin tidak memahami akar perjuangan Kedah.<\/p>\n<p>\u201cAkar perjuangan itu tak ada dalam sanubari mereka. Perdu mereka mungkin di tempat lain, di sini hanya cari makan. Perjuangan berdasarkan legasi generasi terdahulu itu tiada pada mereka. Saya ada, itu beza saya dengan mereka,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Exco Pulau Pinang, Wong Hon Wai, menyifatkan tindakan undang-undang Kedah itu sebagai mengungkit perkara lama dan menegaskan kedaulatan Pulau Pinang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.<\/p>\n<p>Tuntutan ini merupakan kesinambungan daripada tuntutan royalti pajakan Pulau Pinang sebanyak RM100 juta yang didakwa tidak pernah dinilai semula sejak 1786.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan Negeri Kedah sedang menunggu pasukan peguamnya menyempurnakan proses teknikal berhubung tuntutan terhadap Pulau Pinang, termasuk meneliti semua dokumen dan menentukan bentuk \u2018relief\u2019 atau tuntutan yang munasabah. Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, menjelaskan pasukan guaman itu akan mengemukakan cadangan tuntutan selepas segala dokumen dan bahan berkaitan dikaji secara menyeluruh. \u201cPeguam akan cari \u2018relief\u2019 atau [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2887,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[2379,125,408,1251,67,124,402],"authors":[],"class_list":["post-5385","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-hak","tag-kedah","tag-menteri-besar","tag-peguam","tag-pulau-pinang","tag-sanusi","tag-undang-undang"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5385","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5385"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5385\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5386,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5385\/revisions\/5386"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2887"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5385"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5385"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5385"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5385"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}