{"id":539,"date":"2025-06-02T07:44:04","date_gmt":"2025-06-02T07:44:04","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=539"},"modified":"2025-06-02T07:44:04","modified_gmt":"2025-06-02T07:44:04","slug":"kestabilan-dan-perpaduan-keperluan-penting-untuk-kemajuan-negara-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kestabilan-dan-perpaduan-keperluan-penting-untuk-kemajuan-negara-pmx\/","title":{"rendered":"Kestabilan dan perpaduan keperluan penting untuk kemajuan negara: PMX"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri, Anwar Ibrahim hari ini menegaskan bahawa perpaduan nasional bukan lagi satu pilihan, sebaliknya menjadi keperluan utama untuk memastikan kelangsungan pembangunan negara.<\/p>\n<p>Beliau berkata, perpaduan itu asas kepada pembangunan sebuah negara selain menjadi pemangkin kepada kemajuan Malaysia.<\/p>\n<p>\u201cMalaysia hanya akan terus teguh jika kita kukuh berpadu.<\/p>\n<p>\u201cKestabilan dan perpaduan nasional adalah syarat asas kepada segala kemajuan. Dalam dunia yang cepat berubah dan sarat cabaran, perpaduan bukan pilihan, ia adalah keperluan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Anwar berkata demikian dalam ucapan sembah tahniah pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan bagi tahun 2025, sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara, hari ini.<\/p>\n<p>Berangkat pada istiadat itu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.<\/p>\n<p>Turut hadir, isteri Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Yang Dipertua Dewan Rakyat Johari Abdul dan Yang Dipertua Dewan Negara\u00a0 Awang Bemee Awang Ali Basah.<\/p>\n<p>Hadir bersama Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan menteri-menteri Kabinet.<\/p>\n<p>Anwar berkata Kerajaan MADANI di bawah naungan dan titah pandu Seri Paduka Baginda, akan terus komited melaksanakan agenda reformasi menyeluruh berpaksikan prinsip-prinsip yang Madani.<\/p>\n<p>\u201cPembangunan kebendaan semata tentunya tidak mencukupi. Malah, mesti diseimbangkan dengan nilai-nilai manusiawi, keadilan sosial dan karamah insaniah,\u201d kata Perdana Menteri.<\/p>\n<p>Beliau berkata pembangunan prasarana dan kemudahan awam tidak terbatas kepada projek mega seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) sahaja, sebaliknya kemudahan asas seperti sekolah, hospital dan jaringan pengangkutan perlu diperbaiki, dinaik taraf serta ditingkatkan.<\/p>\n<p>\u201cRakyat tidak hanya dijanjikan harapan, tetapi juga dibela secara nyata dan berterusan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Perdana Menteri turut menekankan bahawa strategi untuk meningkatkan pendapatan rakyat akan terus digerakkan melalui reformasi struktur ekonomi, kemasukan pelaburan berkualiti tinggi serta pengukuhan ekosistem teknologi dan inovasi.<\/p>\n<p>Anwar berkata setiap anak watan harus berpeluang untuk maju, tanpa mengira latar belakang kaum atau budaya. &#8211; Bernama<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri, Anwar Ibrahim hari ini menegaskan bahawa perpaduan nasional bukan lagi satu pilihan, sebaliknya menjadi keperluan utama untuk memastikan kelangsungan pembangunan negara. Beliau berkata, perpaduan itu asas kepada pembangunan sebuah negara selain menjadi pemangkin kepada kemajuan Malaysia. \u201cMalaysia hanya akan terus teguh jika kita kukuh berpadu. \u201cKestabilan dan perpaduan nasional adalah syarat asas kepada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":540,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[265,13,387,285,18,90],"authors":[],"class_list":["post-539","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-agong","tag-anwar","tag-keputeraan","tag-madani","tag-pmx","tag-sultan-ibrahim"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/539","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=539"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/539\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":541,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/539\/revisions\/541"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/540"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=539"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=539"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=539"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=539"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}