{"id":5412,"date":"2025-11-23T09:08:13","date_gmt":"2025-11-23T09:08:13","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5412"},"modified":"2025-11-23T09:08:13","modified_gmt":"2025-11-23T09:08:13","slug":"prn-sabah-pn-akan-tubuh-badan-pemantau-teliti-pelaksanaan-manifesto-jika-menang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/prn-sabah-pn-akan-tubuh-badan-pemantau-teliti-pelaksanaan-manifesto-jika-menang\/","title":{"rendered":"PRN Sabah: PN akan tubuh badan pemantau teliti pelaksanaan manifesto jika menang"},"content":{"rendered":"<p>Perikatan Nasional (PN) akan menubuhkan sebuah badan pemantau khas bagi meneliti pelaksanaan manifesto yang dijanjikan kepada warga Sabah jika berjaya menjadi kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 29 November nanti.<\/p>\n<p>Pengerusinya, Muhyiddin Yassin berkata kehadiran bertanding pada PRN Sabah adalah untuk membangkitkan kesedaran rakyat dalam menentukan hala tuju masa depan negeri sendiri dan bagi mengingatkan kepentingan nasib orang Sabah.<\/p>\n<p>Berdasarkan pengalaman luas kepimpinan PN di peringkat pusat dan negeri, beliau yakin dengan sambutan memberangsangkan daripada rakya di Sabah.<\/p>\n<p>\u201cAtas perkiraan itu, saya amat berharap pengundi-pengundi akan menyokong calon PN yang kita tempatkan di 42 DUN,\u201d ujar Muhyiddin ketika dipetik laporan media.<\/p>\n<p>Muhyiddin berharap pengundi di Sabah akan meneliti setiap janji dalam manifesto PN yang menurutnya boleh ditunaikan jika mendapat mandat pada PRN nanti.<\/p>\n<p>\u201cSaya harap pengundi di Sabah membacanya kerana itulah satu janji yang akan kita tunaikan. Kita tidak pernah bohong,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>Mengulas mengenai pelaksanaan manifesto, Muhyiddin bekata PN mencadangkan penubuhan sebuah badan pemantau khas.<\/p>\n<p>\u201cKita cadangkan ada satu badan pemantau selepas kita tubuhkan kerajaan negeri Sabah, yang terdiri daripada tokoh-tokoh korporat, profesional, dan anak watan Sabah, yang akan meneliti sama ada apa yang tersebut di dalam manifesto itu dilaksanakan atau tidak,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Menurut Muhyiddin, badan bebas itu akan memastikan setiap janji ditepati.<\/p>\n<p>\u201cJadi kalau mana yang tidak dilaksanakan, mereka akan beritahu ini janji kosong. Jadi sebab itu kita buktikan kita akan laksanakan untuk kepentingan rakyat Sabah,\u201d tegas Presiden Bersatu itu.<\/p>\n<p>Beliau turut menyentuh mengenai cadangan Tabung Masa Depan Sabah (SFF) bernilai RM10 bilion sebagai sumber kewangan jangka panjang untuk pembangunan dan bantuan, sekali gus memperkukuh masa depan negeri ini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perikatan Nasional (PN) akan menubuhkan sebuah badan pemantau khas bagi meneliti pelaksanaan manifesto yang dijanjikan kepada warga Sabah jika berjaya menjadi kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 29 November nanti. Pengerusinya, Muhyiddin Yassin berkata kehadiran bertanding pada PRN Sabah adalah untuk membangkitkan kesedaran rakyat dalam menentukan hala tuju masa depan negeri sendiri dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1775,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[2517,185,2512,1590,541,103,102],"authors":[],"class_list":["post-5412","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-badan-pemantau","tag-kempen","tag-manifesto","tag-muhyiddin-yassin","tag-perikatan-nasional","tag-prn","tag-sabah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5412","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5412"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5412\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5413,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5412\/revisions\/5413"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1775"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5412"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5412"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5412"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5412"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}