{"id":5414,"date":"2025-11-23T09:19:46","date_gmt":"2025-11-23T09:19:46","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5414"},"modified":"2025-11-23T09:19:46","modified_gmt":"2025-11-23T09:19:46","slug":"manifesto-ph-sabah-tawar-yuran-percuma-dan-tuntut-40-hasil-negeri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/manifesto-ph-sabah-tawar-yuran-percuma-dan-tuntut-40-hasil-negeri\/","title":{"rendered":"Manifesto: PH Sabah tawar yuran percuma dan tuntut 40% hasil negeri"},"content":{"rendered":"<p>Pakatan Harapan (PH) Sabah melancarkan manifesto pilihan raya negerinya dengan menawarkan yuran pengajian percuma sebagai antara janji utama, di samping mengetengahkan tuntutan 40 peratus hasil negeri yang lebih telus untuk rakyat.<\/p>\n<p>Manifesto bertema \u2018Harapan Urang Sabah\u2019 itu diperkenalkan oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah, Mustapha Sakmud, yang menekankan komitmen pertama mereka adalah memastikan 40 peratus hak hasil Sabah disalurkan secara berkesan kepada rakyat.<\/p>\n<p>Beliau turut menyatakan ikrar untuk menubuhkan \u2018Sabah Sovereign Wealth Future Fund\u2019 bagi menjamin masa depan ekonomi negeri.<\/p>\n<p>\u201cKami juga akan memperkenalkan Jawatankuasa Pilihan Khas DUN yang merentas parti, dengan kuasa memanggil GLC dan agensi untuk soal jawab terbuka,\u201d jelas Mustapha semasa majlis pelancaran komitmen PH Sabah hari ini.<\/p>\n<p>Menurutnya, reformasi Kabinet negeri akan dilaksanakan bagi meningkatkan kecekapan pentadbiran, selain memberi tumpuan kepada golongan muda dengan menyediakan 20,000 peluang pekerjaan serta elaun sara hidup RM1,200 setahun.<\/p>\n<p>Dalam bidang ekonomi, PH Sabah akan memacu industri hiliran dalam sektor gas, balak, kelapa sawit, dan agro-maritim.<\/p>\n<p>Manakala dari segi pemerkasaan wanita, mereka menjamin 30 peratus penglibatan wanita dalam Kabinet, GLC dan kepimpinan tempatan.<\/p>\n<p>\u201cKami tidak menjanjikan bulan dan bintang, tetapi dasar yang realistik dan boleh dilaksanakan demi rakyat Sabah,\u201d tegas Mustapha.<\/p>\n<p>Beliau berharap komitmen tersebut dapat diterima rakyat, sekaligus meraih sokongan kepada Pakatan Harapan dalam pilihan raya negeri kali ini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pakatan Harapan (PH) Sabah melancarkan manifesto pilihan raya negerinya dengan menawarkan yuran pengajian percuma sebagai antara janji utama, di samping mengetengahkan tuntutan 40 peratus hasil negeri yang lebih telus untuk rakyat. Manifesto bertema \u2018Harapan Urang Sabah\u2019 itu diperkenalkan oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah, Mustapha Sakmud, yang menekankan komitmen pertama mereka adalah memastikan 40 [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5415,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1759,2512,1768,347,103,102],"authors":[],"class_list":["post-5414","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-janji","tag-manifesto","tag-mustapha-sakmud","tag-ph","tag-prn","tag-sabah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5414","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5414"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5414\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5416,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5414\/revisions\/5416"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5415"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5414"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5414"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5414"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5414"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}