{"id":5425,"date":"2025-11-24T03:55:10","date_gmt":"2025-11-24T03:55:10","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5425"},"modified":"2025-11-24T03:55:10","modified_gmt":"2025-11-24T03:55:10","slug":"dikritik-jaguh-lompat-jamawi-kali-ini-janji-setia-bersama-ph-jika-menang-dun-melalap","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/dikritik-jaguh-lompat-jamawi-kali-ini-janji-setia-bersama-ph-jika-menang-dun-melalap\/","title":{"rendered":"Dikritik jaguh lompat, Jamawi kali ini janji setia bersama PH jika menang DUN Melalap"},"content":{"rendered":"<p>Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap, Jamawi Jaafar, menegaskan penyertaannya bertanding di atas tiket Pakatan Harapan (PH) bukanlah satu tindakan \u2018melompat parti\u2019 seperti yang didakwa sesetengah pihak.<\/p>\n<p>Jamawi sebaliknya berkata langkahnya bertanding kali ini atas tiket Pakatan Harapan (PH) merupakan satu permintaan langsung daripada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>\u201cIni antara isu yang dimomokkan oleh pihak pembangkang, tetapi kebanyakan rakyat tahu kali ini saya bukan melompat.<\/p>\n<p>Kali ini adalah permintaan daripada Perdana Menteri kepada Ketua Menteri supaya saya bertanding atas tiket PH,\u201d jelas Jamawi ketika berucap di Kampung Loboh semalam.<\/p>\n<p>Beliau berkata, pendekatan ini akan memudahkan saluran komunikasi yang lebih efektif antara kerajaan negeri dan Persekutuan, seterusnya memberi manfaat kepada penduduk setempat.<\/p>\n<p>\u201cMereka memahami bahawa ada kebaikan untuk kita dapat paip kecil daripada kerajaan negeri dan juga paip besar daripada Persekutuan supaya kita akan dapat membela lebih ramai masyarakat di luar bandar,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Jamawi turut meluahkan penghargaannya atas kepercayaan yang diberikan oleh Perdana Menteri, dengan berkongsi satu momen perbualan peribadi.<\/p>\n<p>\u201cPerdana Menteri sempat berbisik kepada saya, \u2018Jamawi menang, awak bawa harapan rakyat kepada saya\u2019. Yang ini satu jaminan untuk kita membela dan juga membawa isu-isu rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mengenai agenda pilihan rayanya, Jamawi menekankan tiga sektor utama iaitu pelancongan, ekonomi dan pertanian, yang menjadi nadi kehidupan majoriti penduduk Melalap.<\/p>\n<p>\u201cFokus kita adalah untuk meningkatkan sumber pendapatan masyarakat. Walaupun kita mengejar arus pembangunan, jangan kita sesekali melupakan keperluan asas rakyat di kawasan kampung,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Beliau berikrar akan membawa isu kritikal seperti harga getah yang tidak setara dengan negeri lain serta keperluan infrastruktur asas ke sidang DUN jika diberi mandat.<\/p>\n<p>\u201cMereka cuma mahu menyara kehidupan keluarga dan dapat memberikan pendidikan yang baik untuk anak-anak. Itu satu nikmat yang tertinggi bagi mereka,\u201d katanya lagi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap, Jamawi Jaafar, menegaskan penyertaannya bertanding di atas tiket Pakatan Harapan (PH) bukanlah satu tindakan \u2018melompat parti\u2019 seperti yang didakwa sesetengah pihak. Jamawi sebaliknya berkata langkahnya bertanding kali ini atas tiket Pakatan Harapan (PH) merupakan satu permintaan langsung daripada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. \u201cIni antara isu yang dimomokkan oleh pihak [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5426,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[170,409,2520,2521,727,18,103,102],"authors":[],"class_list":["post-5425","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar-ibrahim","tag-dun","tag-jamawi-jaafar","tag-melalap","tag-pakatan-harapan","tag-pmx","tag-prn","tag-sabah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5425","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5425"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5425\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5427,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5425\/revisions\/5427"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5426"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5425"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5425"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5425"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5425"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}