{"id":5446,"date":"2025-11-24T08:40:39","date_gmt":"2025-11-24T08:40:39","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5446"},"modified":"2025-11-24T08:40:39","modified_gmt":"2025-11-24T08:40:39","slug":"cadangan-nurul-izzah-ganti-mb-selangor-bukan-keputusan-akhir-amirudin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/cadangan-nurul-izzah-ganti-mb-selangor-bukan-keputusan-akhir-amirudin\/","title":{"rendered":"Cadangan Nurul Izzah ganti MB Selangor bukan keputusan akhir: Amirudin"},"content":{"rendered":"<p>Cadangan untuk mencalonkan Timbalan Presiden Keadilan, Nurul Izzah Anwar, sebagai Menteri Besar Selangor hanyalah satu pilihan alternatif dan belum muktamad.<\/p>\n<p>Perkara itu dijelaskan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, yang berkataa sebarang pelantikan akhirnya tertakluk kepada perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.<\/p>\n<p>Ujarnya, cadangan tersebut bukanlah sesuatu yang tetap, malah kesemua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang sedia ada juga layak dipertimbangkan untuk jawatan berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cIni hanya cadangan saya. Kalau diterima, Alhamdulillah. Kalau tidak, kita cari alternatif lain. Tiada masalah,\u201d katanya dipetik laporan media selepas Majlis Peluncuran Pelan Tindakan Ekonomi Kreatif Selangor 2025\u20132035 hari ini.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan cadangan itu sebenarnya untuk penggal akan datang, dan bukannya untuk situasi semasa.<\/p>\n<p>\u201cSebenarnya cadangan itu untuk penggal akan datang, tetapi ramai orang tengok tajuk sahaja dah terus melompat. Saya pun tak faham,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Mengenai perancangan masa depan, Amirudin menegaskan bahawa sebarang perubahan perlu dilakukan secara terancang dan bukan secara tergesa-gesa.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa fokus utama kerajaan negeri buat masa ini adalah untuk memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.<\/p>\n<p>\u201cSaya antara yang sudah hampir menakatkan dua penggal dan menghormati dasar itu walaupun tidak dituliskan. Mungkin ada cabaran baharu ataupun peluang baharu di peringkat yang lain,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>\u201cTapi itu rezeki masing-masing kerana masa depan memerlukan perancangan jika mahu buat perubahan. Namun syaratnya kena menang pilihan raya dahulu,\u201d tambahnya lagi.<\/p>\n<p>Sebelum ini, dalam satu program audio, Amirudin mendedahkan cadangan tersebut pernah disuarakan kepada Nurul Izzah dan terpulang kepadanya untuk menerima atau tidak.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Cadangan untuk mencalonkan Timbalan Presiden Keadilan, Nurul Izzah Anwar, sebagai Menteri Besar Selangor hanyalah satu pilihan alternatif dan belum muktamad. Perkara itu dijelaskan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, yang berkataa sebarang pelantikan akhirnya tertakluk kepada perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Ujarnya, cadangan tersebut bukanlah sesuatu yang tetap, malah kesemua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5162,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[306,701,2427,12,96],"authors":[],"class_list":["post-5446","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amirudin-shari","tag-ganti","tag-mb","tag-nurul-izzah","tag-selangor"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5446","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5446"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5446\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5447,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5446\/revisions\/5447"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5162"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5446"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5446"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5446"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5446"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}