{"id":545,"date":"2025-06-02T13:48:18","date_gmt":"2025-06-02T13:48:18","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=545"},"modified":"2025-06-02T13:48:18","modified_gmt":"2025-06-02T13:48:18","slug":"eloklah-dia-keluar-umno-jangan-ganggu-zafrul-zahid","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/eloklah-dia-keluar-umno-jangan-ganggu-zafrul-zahid\/","title":{"rendered":"Eloklah dia keluar UMNO, jangan ganggu Zafrul: Zahid"},"content":{"rendered":"<p>Tiada ketegangan dalam UMNO walaupun Tengku Zafrul Abdul Aziz mengumumkan keputusan keluar parti baru-baru ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.<\/p>\n<p>Presiden UMNO itu berkata tiada sebarang masalah timbul dengan keputusan Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri itu keluar parti dan lebih baik keluar parti jika tidak lagi setia.<\/p>\n<p>&#8220;Saya tidak nampak &#8216;suhu kepanasan&#8217; berlaku dalam kalangan UMNO, eloklah keluar kalau tidak ada kesetiaan di dalam parti&#8230; jangan ganggu beliau kerana beliau sedang mengerjakan haji, moga-moga ketenangan menyelubungi minda beliau,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan pramesyuarat bersama delegasi Malaysia sempena lawatan kerja empat hari ke United Kingdom yang bermula hari ini.<\/p>\n<p>Jumaat lepas, Zafrul menerusi hantaran di Facebook memaklumkan bahawa beliau telah menghantar surat peletakan jawatan dalam UMNO untuk menyertai PKR.<\/p>\n<p>Menjawab soalan mengenai rombakan Kabinet jika tempat Zafrul sebagai Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri perlu diganti, Ahmad Zahid berkata perbincangan perlu diadakan secara dalaman antara Kerajaan Perpaduan.<\/p>\n<p>&#8220;Hak mutlak pelantikan menteri ini adalah atas (budi bicara) Perdana Menteri (Anwar Ibrahim).<\/p>\n<p>&#8220;&#8230;elok kita adakan perbincangan secara dalaman supaya tidak timbul interpretasi yang pelbagai dalam perkara ini,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Terdahulu, beliau berkata UMNO mahu supaya kuota tujuh menteri penuh di dalam Kabinet Persekutuan dikembalikan kepada parti berkenaan susulan tindakan Zafrul itu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tiada ketegangan dalam UMNO walaupun Tengku Zafrul Abdul Aziz mengumumkan keputusan keluar parti baru-baru ini, kata Ahmad Zahid Hamidi. Presiden UMNO itu berkata tiada sebarang masalah timbul dengan keputusan Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri itu keluar parti dan lebih baik keluar parti jika tidak lagi setia. &#8220;Saya tidak nampak &#8216;suhu kepanasan&#8217; berlaku dalam kalangan UMNO, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":500,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[147,358,9,355,146],"authors":[],"class_list":["post-545","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-keluar-parti","tag-pkr","tag-tengku-zafrul","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/545","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=545"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/545\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":546,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/545\/revisions\/546"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/500"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=545"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=545"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=545"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=545"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}