{"id":5458,"date":"2025-11-25T04:20:11","date_gmt":"2025-11-25T04:20:11","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5458"},"modified":"2025-11-25T04:20:11","modified_gmt":"2025-11-25T04:20:11","slug":"semua-syarikat-asing-tak-terkecuali-daripada-cukai-perkhidmatan-digital-amir-hamzah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/semua-syarikat-asing-tak-terkecuali-daripada-cukai-perkhidmatan-digital-amir-hamzah\/","title":{"rendered":"Semua syarikat asing tak terkecuali daripada Cukai Perkhidmatan Digital: Amir Hamzah"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan menjelaskan Cukai Perkhidmatan Digital (SToDS) dikenakan secara adil kepada semua penyedia perkhidmatan asing tanpa mengira negara asal mereka, selagi mereka memenuhi kriteria menyediakan perkhidmatan digital kepada pengguna di Malaysia.<\/p>\n<p>Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan, berkata langkah ini mewajibkan gergasi digital antarabangsa seperti Netflix, Apple, Microsoft dan Google untuk mendaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan memungut serta menyerahkan cukai yang diperlukan.<\/p>\n<p>\u201cUsaha ini memastikan penyedia perkhidmatan luar negara memikul tanggungjawab cukai yang setara dengan penyedia tempatan dan mewujudkan persekitaran pasaran yang adil dalam ekosistem digital,\u201d jelas Amir Hamzah semasa sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.<\/p>\n<p>Beliau menekankan pelaksanaan SToDS dan Cukai Jualan ke atas Barangan Bernilai Rendah (LVG) adalah strategi kerajaan bagi memperkukuh pematuhan cukai dalam ekonomi digital yang semakin berkembang dan kompleks.<\/p>\n<p>Mengenai LVG yang dilaksanakan pada 1 Januari 2024, beliau menerangkan sebelum ini, barangan import bernilai RM500 ke bawah bebas cukai, manakala peniaga tempatan terpaksa menanggung cukai serta pelbagai kos operasi dan keadaan ini mewujudkan ketidakseimbangan dalam pasaran.<\/p>\n<p>\u201cJusteru, di bawah LVG, jurang itu berjaya diseimbangkan, yang mana penjual dalam dan luar negara kini tertakluk kepada kenaan cukai jualan.<\/p>\n<p>\u201cIni bermakna pengguna di Malaysia tidak lagi melihat barangan import yang dahulunya tidak tertakluk kepada cukai jualan lebih murah semata-mata disebabkan oleh faktor kenaan cukai,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Beliau menambah, langkah ini mewujudkan \u2018level playing field\u2019 dan membolehkan peniaga tempatan bersaing secara adil berdasarkan kualiti, nilai dan perkhidmatan.<\/p>\n<p>Dari segi kutipan, Amir Hamzah memaklumkan jumlah kutipan bagi LVG dan SToDS pada 2024 ialah RM2.01 bilion, menunjukkan keberkesanan langkah tersebut.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan menjelaskan Cukai Perkhidmatan Digital (SToDS) dikenakan secara adil kepada semua penyedia perkhidmatan asing tanpa mengira negara asal mereka, selagi mereka memenuhi kriteria menyediakan perkhidmatan digital kepada pengguna di Malaysia. Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan, berkata langkah ini mewajibkan gergasi digital antarabangsa seperti Netflix, Apple, Microsoft dan Google untuk mendaftar dengan Jabatan Kastam Diraja [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1093,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[484,483,2528,2530,287,482,2529],"authors":[],"class_list":["post-5458","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-amir-hamzah","tag-cukai","tag-cukai-perkhidmatan-digital","tag-kastam","tag-kewangan","tag-mof","tag-stods"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5458","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5458"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5458\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5459,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5458\/revisions\/5459"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1093"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5458"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5458"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5458"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5458"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}