{"id":5469,"date":"2025-11-25T10:34:48","date_gmt":"2025-11-25T10:34:48","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5469"},"modified":"2025-11-25T10:34:53","modified_gmt":"2025-11-25T10:34:53","slug":"shamsul-iskandar-letak-jawatan-selepas-isu-surat-sokongan-tular","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/shamsul-iskandar-letak-jawatan-selepas-isu-surat-sokongan-tular\/","title":{"rendered":"Shamsul Iskandar letak jawatan selepas isu surat sokongan tular"},"content":{"rendered":"<p>Shamsul Iskandar Md Akin hari ini mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>Dalam kenyataan di media sosial, Shamsul mendakwa percubaan untuk menyerangnya \u201cdengan perkara yang boleh merosakkan imej kerajaan Madani\u201d.<\/p>\n<p>\u201cJusteru saya mengambil keputusan untuk mempertahankan diri saya daripada serangan ini,\u201d katanya dalam kenyataan peletakan jawatannya.<\/p>\n<p>Shamsul juga berkata dia menyerahkan surat letak jawatan kepada Anwar pagi tadi.<\/p>\n<p>\u201cSaya mengucapkan terima kasih kepada PM di atas kepercayaan yang diberikan kepada saya,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Terdahulu, Anwar memberitahu Dewan Rakyat telah menegur setiausaha politiknya memandangkan peraturan kerajaan tidak membenarkan pengeluaran surat sokongan kepada kontraktor yang terlibat dalam projek hospital.<\/p>\n<p>Anwar berkata hanya boleh menulis sila teliti walaupun bagi surat yang ditujukan kepadanya, dan kontrak boleh disemak tetapi tidak boleh diberi sokongan automatik.<\/p>\n<p>Susulan isu tersebut, bekas timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli mendesak Anwar perlu bertindak lebih daripada sekadar menegur, dan memecat setiausaha politik berkenaan.<\/p>\n<p>Ahli Parlimen Pandan itu berkata hanya dengan cara itu perdana menteri akan menghantar mesej jelas mengenai komitmennya membanteras rasuah.<\/p>\n<p>&#8220;Itu yang sepatutnya berlaku. Jangan tegur. Pecat sahaja,&#8221; kata Rafizi dalam satu video yang dimuat naik pada akaun Facebook miliknya.<\/p>\n<p>Anwar bagaimanapun berkata tidak akan memecat Shamsul susulan isu tersebut memandangkan ia bukan satu arahan untuk meluluskan sesuatu projek sebagai membalas gesaan Rafizi supaya setiausaha politik berkenaan dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut.<\/p>\n<p>&#8220;Surat itu bukan arahan. Anda dengar orang bercakap tentang rasuah ada satu dua kes, tetapi mereka langsung berdiam diri tentang berbilion ringgit yang dicuri apabila ia melibatkan rakan atau penyumbang mereka.<\/p>\n<p>&#8220;Bagi saya, ini lebih serius. Saya tidak ada simpati kepada mereka yang melarikan berbilion. Kamu pejam mata pada semua kes besar ini tetapi memperbesarkan isu kecil&#8230; betul, ia memang tidak boleh dibiarkan, tetapi ia tidak patut disamakan dengan kes berbilion yang dicuri,&#8221; katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Shamsul Iskandar Md Akin hari ini mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Dalam kenyataan di media sosial, Shamsul mendakwa percubaan untuk menyerangnya \u201cdengan perkara yang boleh merosakkan imej kerajaan Madani\u201d. \u201cJusteru saya mengambil keputusan untuk mempertahankan diri saya daripada serangan ini,\u201d katanya dalam kenyataan peletakan jawatannya. Shamsul juga berkata dia [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5470,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[13,114,9,18,1454,251],"authors":[],"class_list":["post-5469","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar","tag-letak-jawatan","tag-pkr","tag-pmx","tag-setiausaha-politik","tag-shamsul-iskandar"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5469","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5469"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5469\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5471,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5469\/revisions\/5471"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5470"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5469"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5469"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5469"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5469"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}