{"id":5472,"date":"2025-11-25T10:46:35","date_gmt":"2025-11-25T10:46:35","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5472"},"modified":"2025-11-25T17:49:06","modified_gmt":"2025-11-25T17:49:06","slug":"tei-buat-pendedahan-terbaharu-pula-beri-wang-kepada-shamsul-iskandar-laporan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/tei-buat-pendedahan-terbaharu-pula-beri-wang-kepada-shamsul-iskandar-laporan\/","title":{"rendered":"Tei buat pendedahan terbaharu pula beri wang kepada Shamsul Iskandar: Laporan"},"content":{"rendered":"<p>Ahli perniagaan, Albert Tei membuat satu lagi dakwaan mengejutkan dengan mendedahkan butiran pembayaran wang tunai dan barangan yang diberikan kepada Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Md Akin.<\/p>\n<p>Tei mendakwa telah memberikan lebih RM600,000 kepada Shamsul, selepas diyakinkan wang itu boleh membantunya mendapatkan semula wang yang didakwa disalurkan kepada ahli politik di Sabah.<\/p>\n<p>Beliau mendakwa telah menyusun dokumen setebal 300 muka surat termasuk resit dan tangkapan skrin WhatsApp sebagai bukti.<\/p>\n<p>\u201cSaya telah memberikan sejumlah RM629,000 kepada Shamsul. Semua ini didokumenkan dengan jelas,\u201d dakwanya dipetik laporan Malaysiakini.<\/p>\n<p>Antara pembayaran yang didakwa termasuk pembiayaan pengubahsuaian dan perabot untuk dua hartanah \u2013 satu di Bangsar dan sebuah kediaman pegawai kerajaan di Putrajaya.<\/p>\n<p>Barangan yang dibeli dilaporkan meliputi perabot kulit, sistem hiburan rumah, mesin basuh, pengering pakaian dan kerusi urut.<\/p>\n<p>Tei turut mendedahkan gambar \u2018sebelum dan selepas\u2019 yang menunjukkan penambahbaikan pada kediaman berkenaan.<\/p>\n<p>Beliau juga mendakwa membelanjakan ribuan ringgit untuk cerut premium dan upah menjahit sut untuk Shamsul, termasuk menunjukkan salinan resit dan ukuran badan.<\/p>\n<p>\u201cWang tunai juga didakwa bertukar tangan dalam beberapa pertemuan, termasuk RM100,000 di Kuala Lumpur dan USD$6,000 pada Oktober lalu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Tei mendakwa diperkenalkan kepada Shamsul oleh seorang wanita yang bertindak sebagai proksi, dengan pertemuan pertama berlaku di sebuah kedai cerut di Kota Kinabalu pada November 2023.<\/p>\n<p>Sejak November lalu, Tei telah mendedahkan beberapa dokumen dan rakaman yang mengaitkan lebih sedozen ahli politik Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam skandal rasuah untuk mendapatkan lesen perlombongan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ahli perniagaan, Albert Tei membuat satu lagi dakwaan mengejutkan dengan mendedahkan butiran pembayaran wang tunai dan barangan yang diberikan kepada Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Md Akin. Tei mendakwa telah memberikan lebih RM600,000 kepada Shamsul, selepas diyakinkan wang itu boleh membantunya mendapatkan semula wang yang didakwa disalurkan kepada ahli politik di Sabah. Beliau [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5473,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[2537,1802,9,24,102,251,21,2538],"authors":[],"class_list":["post-5472","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahli-perniagaan","tag-albert-tei","tag-pkr","tag-rasuah","tag-sabah","tag-shamsul-iskandar","tag-sprm","tag-wang-tunai"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5472","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5472"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5472\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5475,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5472\/revisions\/5475"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5473"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5472"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5472"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5472"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5472"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}