{"id":5476,"date":"2025-11-25T11:41:13","date_gmt":"2025-11-25T11:41:13","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5476"},"modified":"2025-11-25T17:48:58","modified_gmt":"2025-11-25T17:48:58","slug":"fahmi-minta-j-kom-kaji-semula-peranan-sedia-dengar-cadangan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/fahmi-minta-j-kom-kaji-semula-peranan-sedia-dengar-cadangan\/","title":{"rendered":"Fahmi minta J-Kom kaji semula peranan, sedia dengar cadangan"},"content":{"rendered":"<p>Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil meminta Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) menjalankan kajian semula peranan agensi tersebut bagi memastikan keberkesanan penyampaian mesej kerajaan kepada rakyat.<\/p>\n<p>Arahan itu diberikan susulan kritikan mendakwa unit komunikasi kerajaan itu gagal dalam menyampaikan maklumat, termasuk dakwaan capaian kandungan dalam talian yang terhadap.<\/p>\n<p>\u201cSaya telah mengarahkan J-Kom meneliti cadangan rombakan bersesuaian untuk memenuhi hasrat supaya maklumat sampai kepada komuniti,\u201d jelas Fahmi pada sidang media selepas melawat Pusat Media PRN Sabah di Penampang, hari ini.<\/p>\n<p>Beliau menekankan pihaknya sentiasa terbuka untuk menerima sebarang cadangan dan pandangan bagi menambah baik prestasi J-Kom.<\/p>\n<p>\u201cKita sudah rombak sebelum ini, ada beberapa perkara kita ambil. Mungkin rakan-rakan dalam kalangan Ahli Parlimen ada pandangan tertentu dan kita hormati pandangan itu,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Gesaan tersebut dinyatakan oleh Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong, yang mendakwa capaian J-Kom adalah terhadap, dengan merujuk kepada satu siaran audio ketua pengarahnya yang kononnya menerima kurang 50 tontonan di YouTube.<\/p>\n<p>Menjawab dakwaan itu, Fahmi memberikan penjelasan siaran audio tersebut disebarkan merentas pelbagai platform, dan angka sebenar tidak seteruk seperti yang didakwa.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau bersikap terbuka terhadap cadangan penambahbaikan.<\/p>\n<p>\u201cAda beberapa perkara boleh dimantapkan. Kita terima laporan tentang gerak kerja J-Kom dan kita akan teliti untuk penambahbaikan masa hadapan,\u201d katanya sambil menegaskan komitmennya untuk memastikan maklumat kerajaan sampai kepada setiap lapisan masyarakat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil meminta Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) menjalankan kajian semula peranan agensi tersebut bagi memastikan keberkesanan penyampaian mesej kerajaan kepada rakyat. Arahan itu diberikan susulan kritikan mendakwa unit komunikasi kerajaan itu gagal dalam menyampaikan maklumat, termasuk dakwaan capaian kandungan dalam talian yang terhadap. \u201cSaya telah mengarahkan J-Kom meneliti cadangan rombakan bersesuaian untuk memenuhi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3206,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[49,91,184,285,1311],"authors":[],"class_list":["post-5476","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-fahmi-fadzil","tag-j-kom","tag-komunikasi","tag-madani","tag-prn-sabah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5476","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5476"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5476\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5477,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5476\/revisions\/5477"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3206"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5476"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5476"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5476"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5476"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}