{"id":5478,"date":"2025-11-25T11:52:16","date_gmt":"2025-11-25T11:52:16","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5478"},"modified":"2025-11-25T11:52:16","modified_gmt":"2025-11-25T11:52:16","slug":"prn-sabah-empat-individu-ditahan-di-tawau-atas-tuduhan-khianat-sebar-berita-palsu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/prn-sabah-empat-individu-ditahan-di-tawau-atas-tuduhan-khianat-sebar-berita-palsu\/","title":{"rendered":"PRN Sabah: Empat individu ditahan di Tawau atas tuduhan khianat, sebar berita palsu"},"content":{"rendered":"<p>Polis telah menahan empat individu sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 di daerah ini berhubung kesalahan perbuatan khianat dan penyebaran maklumat palsu.<\/p>\n<p>Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, mengesahkan tangkapan itu hasil daripada tindakan pantas pasukan siasatan bagi menangani laporan yang diterima sejak hari penamaan calon.<\/p>\n<p>Sehingga kini, tujuh laporan polis telah diterima, membawa kepada pembukaan lima kertas siasatan.<\/p>\n<p>Tiga daripadanya disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan perbuatan khianat, manakala satu lagi disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan satu dibawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.<\/p>\n<p>Menurut Jasmin, keempat-empat lelaki yang ditahan disyaki terlibat dalam insiden seperti merosakkan bendera parti dan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah atau tidak benar di platform media sosial.<\/p>\n<p>Beliau menekankan satu kes melibatkan dakwaan penyebaran fitnah terhadap seorang calon yang sedang bertanding.<\/p>\n<p>\u201cKertas siasatan berkenaan kes tersebut sudah disiapkan dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut,\u201d jelas Jasmin kepada pemberita selepas mengundi awal di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.<\/p>\n<p>Beliau juga menegaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan sebarang pelanggaran undang-undang bagi memastikan kempen PRN berlangsung secara aman dan terkawal.<\/p>\n<p>Sementara itu, Jasmin memaklumkan bahawa pihaknya telah membuat persiapan rapi menjelang hari pengundian pada 29 November ini.<\/p>\n<p>Sebanyak 456 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan bagi mengawal selia dua pusat penjumlahan undi di Dewan Masyarakat Tawau dan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yuk Chin.<\/p>\n<p>\u201cKita mahu memastikan keselamatan pengundi, petugas dan proses pilihan raya berada pada tahap terbaik,\u201d ujarnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Polis telah menahan empat individu sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 di daerah ini berhubung kesalahan perbuatan khianat dan penyebaran maklumat palsu. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, mengesahkan tangkapan itu hasil daripada tindakan pantas pasukan siasatan bagi menangani laporan yang diterima sejak hari penamaan calon. Sehingga kini, tujuh laporan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5479,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[2540,2539,94,103,102,1070],"authors":[],"class_list":["post-5478","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-asisten-komisioner-jasmin-hussin","tag-khianat","tag-polis","tag-prn","tag-sabah","tag-tahan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5478","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5478"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5478\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5480,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5478\/revisions\/5480"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5479"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5478"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5478"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5478"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5478"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}