{"id":5498,"date":"2025-11-26T03:55:45","date_gmt":"2025-11-26T03:55:45","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5498"},"modified":"2025-11-26T03:55:56","modified_gmt":"2025-11-26T03:55:56","slug":"anwar-terima-peletakan-jawatan-shamsul-iskandar-sprm-bebas-siasat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/anwar-terima-peletakan-jawatan-shamsul-iskandar-sprm-bebas-siasat\/","title":{"rendered":"Anwar terima peletakan jawatan Shamsul Iskandar, SPRM bebas siasat"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim mengesahkan menerima peletakan jawatan Setiausaha Politik Kanannya, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang diumumkan semalam.<\/p>\n<p>Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri turut menegaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai kebebasan sepenuhnya untuk menyiasat sebarang tuduhan tanpa terikat dengan campur tangan luar.<\/p>\n<p>&#8220;Saya menerima peletakan jawatan Setiausaha Politik Kanan, saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin dan mengucapkan terima kasih atas khidmat beliau,&#8221; kata Anwar.<\/p>\n<p>Berhubung dengan tuduhan yang dikaitkan dengan Shamsul Iskandar, Anwar berkata memberi ruang untuk sebarang proses undang-undang diambil tanpa sebarang campur tangan.<\/p>\n<p>&#8220;Kerajaan MADANI kekal teguh pada prinsip ketelusan dan integriti dan memberi ruang kepada proses siasatan mengikut lunas undang-undang,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Pengumuman ini menyusuli kenyataan Shamsul Iskandar semalam yang mengesahkan telah meletakkan jawatan dan menyerahkan surat berkenaan kepada Perdana Menteri.<\/p>\n<p>Dalam hantarannya, Shamsul menyatakan keputusannya itu dibuat bagi mempertahankan diri daripada serangan yang boleh menjejaskan imej kerajaan.<\/p>\n<p>&#8220;Justeru, saya mengambil keputusan untuk mempertahankan diri saya daripada serangan ini. Saya mengucapkan terima kasih kepada PM di atas kepercayaan yang diberikan kepada saya,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Keputusan beliau dipercayai berkaitan dengan isu pengeluaran surat sokongan kepada kontraktor bagi sebuah projek hospital, yang telah mendapat teguran keras daripada Anwar di Dewan Rakyat baru-baru ini.<\/p>\n<p>Pada 18 November lalu, Anwar menjelaskan telah menegur tindakan tersebut dan menekankan bahawa peraturan kerajaan tidak membenarkan sebarang tindakan sedemikian.<\/p>\n<p>Isu itu telah dibangkitkan oleh pihak pembangkang, mendakwa Shamsul Iskandar terlibat dalam mengeluarkan surat berkenaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim mengesahkan menerima peletakan jawatan Setiausaha Politik Kanannya, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang diumumkan semalam. Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri turut menegaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai kebebasan sepenuhnya untuk menyiasat sebarang tuduhan tanpa terikat dengan campur tangan luar. &#8220;Saya menerima peletakan jawatan Setiausaha Politik Kanan, saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin dan mengucapkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":271,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[13,114,9,18,1454,251],"authors":[],"class_list":["post-5498","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar","tag-letak-jawatan","tag-pkr","tag-pmx","tag-setiausaha-politik","tag-shamsul-iskandar"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5498","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5498"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5498\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5500,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5498\/revisions\/5500"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/271"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5498"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5498"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5498"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5498"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}