{"id":5505,"date":"2025-11-26T14:22:18","date_gmt":"2025-11-26T14:22:18","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5505"},"modified":"2025-11-26T14:22:18","modified_gmt":"2025-11-26T14:22:18","slug":"shamsul-iskandar-buat-laporan-polis-dakwa-konspirasi-jatuhkan-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/shamsul-iskandar-buat-laporan-polis-dakwa-konspirasi-jatuhkan-pmx\/","title":{"rendered":"Shamsul Iskandar buat laporan polis, dakwa konspirasi jatuhkan PMX"},"content":{"rendered":"<p>Shamsul Iskandar Mohd Akin membuat laporan polis terhadap ahli perniagaan Albert Tei berhubung dakwaan Anwar Ibrahim memberikan \u2018lampu hijau\u2019 untuk merakam secara rahsia ahli politik Sabah.<\/p>\n<p>Laporan itu dibuat di tengah-tengah kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah susulan tular video membabitkan bekas Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri yang baharu meletakkan jawatannya semalam.<\/p>\n<p>Menurut Shamsul Iskandar , tuduhan yang didakwa dilemparkan oleh Tei itu adalah tidak berasas dan merupakan sebahagian daripada \u201ckonspirasi jahat\u201d untuk mencemarkan imej Perdana Menteri dan menggugat kestabilan kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cDi sela-sela kempen PRU DUN Sabah di Gum Gum, pada jam 5.05 petang tadi saya telah membuat laporan polis terhadap Albert Tei yang telah membuat tohmahan dan tuduhan fitnah kononnya ada arahan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuat rakaman mengenai beberapa ahli politik Sabah,\u201d jelas Shamsul dalam satu kenyataan di media sosial.<\/p>\n<p>\u201cPerbuatan tuduhan fitnah ini jelas satu konspirasi jahat untuk memburukkan imej YAB PM dan usaha terancang untuk menjatuhkan kerajaan secara tidak demokratik, apatah lagi di musim kempen pilihanraya Sabah,\u201d tambahnya lagi.<\/p>\n<p>Shamsul Iskandar, yang juga Ketua PKR Melaka, menambah tidak akan membiarkan mana-mana individu menyalahgunakan namanya atau jawatannya yang lalu untuk menjatuhkan kerajaan.<\/p>\n<p>Tindakan membuat laporan polis diambil bagi mengelakkan dakwaan liar itu terus menular dan menjejaskan keyakinan awam, terutamanya dalam suasana politik yang genting.<\/p>\n<p>Beliau turut menyatakan keyakinannya terhadap pihak polis untuk menyiasat perkara tersebut dengan segera.<\/p>\n<p>\u201cSaya juga sedia memberi kerjasama bagi siasatan oleh mana-mana badan penguatkuasaan termasuk SPRM,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>Kontroversi ini tercetus susulan tularnya sebuah rakaman video yang mendakwa menunjukkan perbualan antara Tei dan seorang wanita yang didakwa sebagai proksi Shamsul.<\/p>\n<p>Dalam video itu, wanita tersebut mendakwa Anwar memberikan restu kepada Shamsul Iskandar untuk membenarkan rakaman rahsia terhadap ahli politik Sabah berkaitan isu lesen perlombongan.<\/p>\n<p>Kemunculan video itu berlaku tidak lama selepas pendedahan berasingan yang mendakwa Tei telah membelanjakan sejumlah besar wang untuk Shamsul Iskandar.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Shamsul Iskandar Mohd Akin membuat laporan polis terhadap ahli perniagaan Albert Tei berhubung dakwaan Anwar Ibrahim memberikan \u2018lampu hijau\u2019 untuk merakam secara rahsia ahli politik Sabah. Laporan itu dibuat di tengah-tengah kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah susulan tular video membabitkan bekas Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri yang baharu meletakkan jawatannya semalam. Menurut Shamsul Iskandar [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5470,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[13,1270,9,18,103,102,251,56,1172],"authors":[],"class_list":["post-5505","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar","tag-laporan-polis","tag-pkr","tag-pmx","tag-prn","tag-sabah","tag-shamsul-iskandar","tag-tular","tag-video"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5505","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5505"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5505\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5506,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5505\/revisions\/5506"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5470"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5505"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5505"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5505"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5505"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}